aku berjalan2 di lorong itu. ia penuh dengan deretan kedai2 menjual barangan mewah, barangan yang aku mampu lihat hanya dari luar dinding kaca jernih, pameran2 indah, dengan pencahayaan serba ekslusif, dan ya, aku hanya mampu membeli-belah tingkap sahaja...(window shopping).
...dan di celahan orang ramai aku terlihat akan seorang insan ini, lelaki, sudah berumur, usianya lebih kurang usia abahku dan dia sedang membetulkan kedudukan sebuah tangga besi, tangan kanannya menggenggam erat sebatang pembersih tingkap manakala tangan kirinya sibuk bekerja mencari kedudukan strategik untuk memulakan tugas. ingat lagi tentang perenggan pertama bila aku sebut tentang dinding kaca jernih? ya, itu hasil kerja pakcik ini, cukup teliti meyebabkan aku dapat melihat terus ke dalam setiap kedai dan menceritakan tentangnya kepada engkau semua.
dan waktu itu keadaan seolah2 mengikut rentak pemikiran aku. pergerakan aku dan pakcik itu masih normal tetapi pergerakan manusia serta persekitaran seolah2 dipengaruhi ruang masa yang memperlahankan segala2nya dengan tiba2.
okay tentang pakcik ini. adakah engkau semua selalu percaya kepada kata hati? atau gerak hati? aku selalu percaya kerana aku yakin ia adalah ilham dari Allah. entah mengapa hati aku mengatakan pakcik ini seorang muslim. entah mengapa. dari cara dia berpakaian cukup biasa, seperti orang2 lain juga. berkemeja, berseluar panjang hitam, dan ya, ada jam Rolex berwarna emas di tangan kanannya. (ada sejarah bagaimana aku cukup pasti jam itu berjenama Rolex).
bersama gerak hati,aku melintasi pakcik itu sambil mengukir senyuman buat menghargai kudrat yang dia curahkan untuk masyarakat sekeliling serta aku...(waktu itu dia sedang mengelap dinding kaca di depannya) dan...
"wa'alaikumussalam" ucapnya kepadaku.
aku tersentak. jantung berdegup laju. (namun langkah diteruskan). kata hati aku benar.
adakah engkau juga akan terkejut seperti aku apabila seseorang dari ramainya insan mendoakan kesejahteraan engkau di tengah2 bumi asing? aku cukup menghargainya. aku doakan moga dia bahagia di dunia dan akhirat. amin.
p/s: kata hati. percayakah?
image credit: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/magazine/issues/summer08/images/crowd_walking.jpg
image credit: http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/magazine/issues/summer08/images/crowd_walking.jpg
No comments:
Post a Comment