Thursday, October 21, 2010

kelip-kelip ciptaan manusia???

pada suatu malam dingin, aku sedang menunggu untuk tugasanku untuk dicetak. entah tugasan ke berapa aku kurang ingat. dalam momen sebentar itu, kelip-kelip lampu mesin fotostat berwarna hijau muda di penghujung mesin itu membuka helaian memori tentang Aisyah. lembaran personaliti sahabat dekat-namun jauh-namun dekat-ku diselak satu-persatu. hanya dia dan aku cukup faham maksud terma panjang itu. terima kasih Aisyah, mesin fotostat dan kamu agak sinonim buat waktu ini- untuk refleksi buat panduan semua. insyaAllah.


"Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card'?" tanya Aisyah suatu hari. kelihatan tergesa-gesa. di tangan kanannya ada dokumen yang mahu segera dicetak.
"err maaf tidak tahu," cepat aku menjawab kerana aku tidak tahu serta langsung tidak pernah ambil tahu. rasa bersalah menyelubungi diri kerana tidak prihatin tentang cara penggunaan mesin itu. lambat-laun aku pasti akan gunakannya. mungkin juga di saat tergesa-gesa seperti Aisyah. suatu hari itu pasti tiba. Aisyah berlalu di hadapanku, mungkin sedikit kecewa.



Namun aku langsung tidak bertindak atas rasa bersalah itu. langsung tidak. hendakkan pergi dan mempelajari sudahlah, mengikut hawa nafsu malasku. Ampunilah diri ya Allah. aku tahu yang cara mengoperasi mesin itu penting bagi diri aku dan Aisyah dan juga sahabat - sahabat lain. namun aku tetap tidak bertindak. syaitan memperdaya untuk keseronokan seketika, dan aku terpedaya...

Suatu hari, "Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card, perlukan 'student card ya?" tanya seorang sahabat. aku kurang ingat siapa. lebih baik aku tidak meletak nama kerana aku tidak pasti. bercakap benar itu membawa pahala. aku tidak mahu dosa mengataklan sesuatu yang kurang pasti. Nah, ini kali kedua orang bertanya dan aku kelu tanpa kata untuk menyusun jawapan. aku tertekan.TETAPI aku masih tidak bertindak. aku minta maaf kepada saudari itu, (ya dia wanita, aku ingat itu) dan dia beredar tanpa mendapat apa-apa sinar harapan atau secebis pertolongan untuk memudahkan urusannya. betapa bersalah aku. ini kali kedua.

tiba giliran aku. mesin fotostat di hadapan mata. 'key card?student card? yang mana satu? keycard itu student card kah? butang-butang yang banyak. manusia yang beratur mahu guna mesin itu.
ku cuba-cuba tekan sini-sana. kerlingan orang ramai dibiarkan. hati gundah. degupan jantung seolah mahu melompat menari ia di hadapanku. beberapa kali tekaan. bunyi yang ditunggu. whirrrrrrr...dan helaian cetakan muncul bersama suhu yang suam.

kini aku sudah tahu...

kembali dari refleksi. petik jari. semua helaian tugasanku di malam dingin hampir selesai dicetak. kelip-kelip lampu masih bermain di mata. terima kasih Aisyah, Allah mengingatkan saya kepada kamu, yang mengingatkan saya kepada pengajaran yang hedak Allah beri, insyaAllah---




"Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui "(QS Al-Anbiya”: 7)

Allah hendak mengajar, tidak tahu, cari, usahakan, jangan diam. maka bertanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak tahu


DAN 


tuntutlah ilmu selagi mampu dari segala segi serta amalkan ilmu bukan simpan sehingga lupa kerana...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 

definisi ilmu di sini adalah ilmu dunia dan ilmu keagamaan. 

contohnya-bila ada ilmu agama maka kita belajar cara beribadah dengan betul. kita juga belajar ilmu tentang Allah, maka kita dapat kukuhkan ketauhidan kepada Allah. ibadah juga insyaAllah sempurna. 

contoh untuk ilmu dunia-contohnya mempelajari ilmu perubatan, ilmu bahasa inggeris untuk manfaat ummah

namun begitu, jika ada peluang buat menuntut ilmu tetapi tidak diguna sepenuhnya, dan ada ilmu tidak diamal,  maka rugilah kita di hari kiamat---bahkan lebih rugi bila mengajar orang lain kita tidak mendapat setitis pun manfaat dari ilmu yang kita ada, padahal org yang kita ajari telah manfaatkannya hingga mendapat kejayaan dunia serta lebih baik lagi syurga.


ya, tuntutlah ilmu walaupun ilmu menggunakan mesin fotostat kerana ia berguna kepada semua dan kita pasti akan amalkannya =)

sumber hadith serta penerangan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm
sumber gambar: http://www.treehugger.com/Copy%20Machine%20Photos%20002.jpg

alhamdulillah. refleksi ini dariMu. subhanallahi wa bihamdih.

No comments: