Friday, October 29, 2010

baharu

masih terpahat kuat di ingatan. semasa ruh serta jasad ini melangkah menjauh ke daerah asing -bait-bait kata emak terngiang-ngiang menerjah ke gegendang telinga.

"mak dah kenai hang dah 21 tahun dah, boleh aihhh." ringkas sungguh pesanan emak. namun padat. seolah kampit tepung yang kecil, namun kejap isinya.

kepercayaan serta pengorbanan ibu bapa. kepercayan Allah yang menjaga di mana letaknya zuriat mereka.

sungguh, kerana dua faktor itu dilepaskan aku berenang ke muara. mengorbankan rasa cinta kasih kepadaku dengan membawa ke arus untuk berenang ke lautan melihat kehebatan Allah dan ciptaanNya
-bukan sekadar alam tetapi manusia di daerah asing, akal mereka, makhluk sekelilingnya dan banyak lagi.

oleh itu Dina, hargai peluang ini. kerana peluang itu kamu beroleh kefahaman ini-----cukup berharga yakni

Allah sentiasa mendidikmu, menyayangimu, tujuanmu. 
Rasulullah teladanmu.cintamu.
Al-quran penolong hidupmu. 
Begitu juga As-sunnah teraju juangmu. 
EmakAbah kekasihmu. 
Jihad usahamu, jalan mati pilihanmu, 
ingat itu.

Wednesday, October 27, 2010

most of the time
the golden syrup flows into it's streamline
as
one's ideas go popping up and down
then connected like veins 
circulating an umbrella cover
in the mask of a theme
subhanallah
how great is that?
very.

the neuron story ha~

Thursday, October 21, 2010

kelip-kelip ciptaan manusia???

pada suatu malam dingin, aku sedang menunggu untuk tugasanku untuk dicetak. entah tugasan ke berapa aku kurang ingat. dalam momen sebentar itu, kelip-kelip lampu mesin fotostat berwarna hijau muda di penghujung mesin itu membuka helaian memori tentang Aisyah. lembaran personaliti sahabat dekat-namun jauh-namun dekat-ku diselak satu-persatu. hanya dia dan aku cukup faham maksud terma panjang itu. terima kasih Aisyah, mesin fotostat dan kamu agak sinonim buat waktu ini- untuk refleksi buat panduan semua. insyaAllah.


"Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card'?" tanya Aisyah suatu hari. kelihatan tergesa-gesa. di tangan kanannya ada dokumen yang mahu segera dicetak.
"err maaf tidak tahu," cepat aku menjawab kerana aku tidak tahu serta langsung tidak pernah ambil tahu. rasa bersalah menyelubungi diri kerana tidak prihatin tentang cara penggunaan mesin itu. lambat-laun aku pasti akan gunakannya. mungkin juga di saat tergesa-gesa seperti Aisyah. suatu hari itu pasti tiba. Aisyah berlalu di hadapanku, mungkin sedikit kecewa.



Namun aku langsung tidak bertindak atas rasa bersalah itu. langsung tidak. hendakkan pergi dan mempelajari sudahlah, mengikut hawa nafsu malasku. Ampunilah diri ya Allah. aku tahu yang cara mengoperasi mesin itu penting bagi diri aku dan Aisyah dan juga sahabat - sahabat lain. namun aku tetap tidak bertindak. syaitan memperdaya untuk keseronokan seketika, dan aku terpedaya...

Suatu hari, "Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card, perlukan 'student card ya?" tanya seorang sahabat. aku kurang ingat siapa. lebih baik aku tidak meletak nama kerana aku tidak pasti. bercakap benar itu membawa pahala. aku tidak mahu dosa mengataklan sesuatu yang kurang pasti. Nah, ini kali kedua orang bertanya dan aku kelu tanpa kata untuk menyusun jawapan. aku tertekan.TETAPI aku masih tidak bertindak. aku minta maaf kepada saudari itu, (ya dia wanita, aku ingat itu) dan dia beredar tanpa mendapat apa-apa sinar harapan atau secebis pertolongan untuk memudahkan urusannya. betapa bersalah aku. ini kali kedua.

tiba giliran aku. mesin fotostat di hadapan mata. 'key card?student card? yang mana satu? keycard itu student card kah? butang-butang yang banyak. manusia yang beratur mahu guna mesin itu.
ku cuba-cuba tekan sini-sana. kerlingan orang ramai dibiarkan. hati gundah. degupan jantung seolah mahu melompat menari ia di hadapanku. beberapa kali tekaan. bunyi yang ditunggu. whirrrrrrr...dan helaian cetakan muncul bersama suhu yang suam.

kini aku sudah tahu...

kembali dari refleksi. petik jari. semua helaian tugasanku di malam dingin hampir selesai dicetak. kelip-kelip lampu masih bermain di mata. terima kasih Aisyah, Allah mengingatkan saya kepada kamu, yang mengingatkan saya kepada pengajaran yang hedak Allah beri, insyaAllah---




"Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui "(QS Al-Anbiya”: 7)

Allah hendak mengajar, tidak tahu, cari, usahakan, jangan diam. maka bertanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak tahu


DAN 


tuntutlah ilmu selagi mampu dari segala segi serta amalkan ilmu bukan simpan sehingga lupa kerana...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 

definisi ilmu di sini adalah ilmu dunia dan ilmu keagamaan. 

contohnya-bila ada ilmu agama maka kita belajar cara beribadah dengan betul. kita juga belajar ilmu tentang Allah, maka kita dapat kukuhkan ketauhidan kepada Allah. ibadah juga insyaAllah sempurna. 

contoh untuk ilmu dunia-contohnya mempelajari ilmu perubatan, ilmu bahasa inggeris untuk manfaat ummah

namun begitu, jika ada peluang buat menuntut ilmu tetapi tidak diguna sepenuhnya, dan ada ilmu tidak diamal,  maka rugilah kita di hari kiamat---bahkan lebih rugi bila mengajar orang lain kita tidak mendapat setitis pun manfaat dari ilmu yang kita ada, padahal org yang kita ajari telah manfaatkannya hingga mendapat kejayaan dunia serta lebih baik lagi syurga.


ya, tuntutlah ilmu walaupun ilmu menggunakan mesin fotostat kerana ia berguna kepada semua dan kita pasti akan amalkannya =)

sumber hadith serta penerangan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm
sumber gambar: http://www.treehugger.com/Copy%20Machine%20Photos%20002.jpg

alhamdulillah. refleksi ini dariMu. subhanallahi wa bihamdih.

menadah ke langit membiru

"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”


doa untuk mendapat ilham yg baik, kata kak izaty. jazakillah akak.


nafsu? makan. that's the one that i'm having a battle with. 


"Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan


 ditipu oleh kenikmatan sementara", tidak kisah apa jenis nafsu sekalipun. 


dipetik dari ustaz zaharudddin dari sumber : 


http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/jika-terfikir-lakukan-maksiat/489483591082

Friday, October 15, 2010

kata hati.
melakar di lembaran maya ini,
bukanlah ritual,
hanya mengikut irama refleksi,
manipulasi akal kurniaan Allahu rabbi,
serta-
jika diselami Al-Huda,
sedalam lapisan kerak dunia,
sungguh,
'kan terkesan,
basah mata, basah jiwa,
subur bersimbah cahaya.

~instinct. Allah leads my life. Alhamdulillah.

Wednesday, October 13, 2010

buat palestina

hari baru bermula.
kanak - kanak itu, melihat ke langit.
lantas hati kecilnya berbisik,
"indahnya langit, aku mahu terbang menyentuh awan".
dalam langkah lemah ke kawasan permainan,
perut si kecil berbunyi kuat. pedih.
hatinya berbisik lagi,
"diamlah wahai perut, aku akan mengisimu dengan makanan lazat,"
perjalanan masih diteruskan, matanya menangkap kejadian sedih,
menangis terduduk si kecil, lalu berdoa'
"di mana bantuan, Allah bantu kami"
desis hatinya, tangan tinggi menggapai udara.

Tuesday, October 12, 2010

bermula dari cebis-cebis mimpi.

sehari sebelum walimah
sewaktu aku kecil, aku sering mengikut emak atau nenek ke gotong - royong walimah di sekitar kampung. suasananya cukup nostalgik. berjalan atau membonceng motor ke destinasi. orang - orang dewasa punya tujuan membantu tuan rumah walimah, kami kanak - kanak hendak berjumpa dengan rakan - rakan dan - bermain. kejar - mengejar, sembunyi - sembunyi, polis sentri, doktor - doktor, kau namakan ia (you-name-it) kata orang putih.

masih ku ingat bau harum hasil kupasan bahan tumisan -bawang, halia, rempah ratus berwarna - warni serta sayur-sayuran yang siap dibersihkan dan dibasuh, ayam yang sedang dan telah digoreng (jika kami bernasib baik akan mendapat ayam barang seketul dua), daging lembu segar dilapah kaum lelaki. dan bau bedak bayi yang datang dari ibu - ibu yang membawa anak kecil berdukung kemas. terlekat di mindaku juga suara masyarakat kampung bercerita sesama mereka sambil bergelak ketawa. yang perempuan dengan kaum perempuan di bahagian mereka, begitu juga dengan kaum lelaki. mesra. waktu ini jugalah tiang  khemah mula dipasak di bumi. pemuda-pemuda mengemaskan pinggan,  mangkuk, sudu, gelas, jag serta peralatan untuk esok hari. di dalam rumah anak - anak dara serta wanita - wanita kreatif mula menggunakan bakat masing - masing meletakkan gam ke telur untuk dilekat pada kuntuman bunga bersama batang buluh halus. ada yang mengemaskan hantaran. biasanya aku menjenguk dari luar sahaja kerana biasanya rumah empunya majlis walimah akan menjadi padat dengan manusia - yang mempunyai seribu satu macam tugas, betapa aku mahukan hantaran berupa gula - gula, coklat, buah - buahan dan kuih - muih itu untuk dimakan dengan gembira. rupa cantik, warna menarik, rasa-pasti sedap. aku cukup ingat itu. di masa itu juga, ramai yang mengamalkan menanam ais di dalam tanah untuk mengekalkan bentuknya, (blok ais berbentuk segiempat tepat) supaya boleh digunakan masa kenduri nanti. ais diletakkan dalam lubang seperti liang lahad tetapi kecil, dikambus dan dikorek semula apabiola ia diperlukan.

 dan kami anak-anak kecil- di waktu inilah masa bertemu dengan rakan-rakan lama (yang tinggal berjiran di kampung) dan yang baru (saudara-mara jauh si bakal pengantin atau tuan rumah majlis walimah). bermain dengan bersungguh - sungguh seolah sudah kenal lama. apabila letih ya-kamilah tukang menghabiskan teh dan biskut yang disediakan tuan rumah, bukan calang-calang rasa, cukup enak. harum baunya, mengenyangkan pula. apabila tenaga sudah kembali, permainan akan bermula semula. keadaan menjadi lebih seronok apabila alam kehujanan, dalam rintik-rintik itulah kami berkejaran di hadapan rumah empunya majlis walimah,  walau basah walau kotor walau sejuk, semuanya tetap gembira. kerana habuan biskut kering bersama teh panas akan menyusul... rindu sungguh aku. pada suasana. pada masyarakatnya, pada teh panas dan biskut dan ya, pada keluarga.

*kadangkala hidangan biskut dan teh panas ditambah dengan hidangan bubur kacang...

ibrahnya: 1. silaturahim harus sentiasa dijaga supaya kesatuan umat terpelihara (macam tema sambutan  ma'al hijrah)
                2. untuk majlis nikah aku - mahu gotong - royong, bukan katering.

Monday, October 11, 2010

duhai hati
kala hina dunia meracunimu
kala serpihan bicara otot lidah menghirismu
kala sunyi kilat hujan panas bersendiri
kala itu kasih Dia melindungimu
tangisi dalam tiada cahaya
tangisi dalam adanya cahaya
duhai hati kuatlah
sembunyikan jiwa besar
tembusilah jasad akan aura pemusnah
sedetik degup hilang
hati berdebat nanti

Saturday, October 09, 2010

waiting for the maghrib prayer time.

it's gloomy
a peer through the window
the pane is dusty
scattered seashells
free soul
red ribbon
watch and chain
unique seeds
dead flowers
cactus
listen now
listen now
listen
the wind sings a lullaby
swaying those branches gently
tickling cold air
empties the pathway
nope-nobody in sight
lights on
click and off
kesuraman langit
bumi ini kehujanan lagi
kuyup alam
desah titisan-titisan
halus menganyam damai
masih memuji Pencipta
seluruhnya ta'at
dilemanya aku
wajib ta'at
persis mereka

Tuesday, October 05, 2010

bungkam

hening tirai malam
muqaddimah subuh
dingin amat hawa
sebening suasana
kabus melitupi menjauh

memanjat mentari menggapai alam
berhati-hati tingkahnya
haba serta silau menyentuh semua

jiwa bungkam, jiwa rindu
menyambut kelahiran pagi yang bayi
sayugia berawal-awalan
.
Allah, bangunkan hamba~
berdiri teguh bersama mereka
membina as-saff di jalanMu
amin.