Saturday, April 30, 2011

titisan rahmat

pokok bunga raya tokchik arah. manfaat alam buat manusia


hari ini, lagi aku tersentap dengan detik hati yang Allah ilhamkan,inshaAllah. Allah syg. Allah syg kamu2 juga. kerana nikmat islam itu masih bersama kamu dan kita, jadi hargai dan bergeraklah menjadi muslim yang berpandukan quran dan sunnah.

kamu pasti pernah merasai detik2 hati yg muncul bilamasa bilamana yang disusunnya buatmu. sungguh rasa disayangi Allah...dan bahawasanya diri ini mengambil mengguna nikmat2Nya, ujian juga nikmat, namun sedikit benar yang kita beri, yang kita kembalikan, bersyukur-selalu leka, pabila gembira amat atau sedih amat baharulah diri mengingatiNya, waktu2 biasa? semasa bangun tidur? makan? pergi pasar? lecture hall?

konsep mudah. give and take. kanak-kanak kecil juga sudah faham konsep ini.
mengapa yang akalnya sudah matang selalu lupa. 

because of the world's temptation.

ya Allah. selamatkan kami dari mainan dunia. hanya akhirat jua kekal abadi. redhaMu. syurgaMu. kami cukup mahu. tetapi sebelum itu, ujian,dugaan, cabaran, masalah harus ditempuh, kerana jalan ahli syurga itu jalan payah, beronak, berduri, tidak selesa, payah...

mencari2 ayat ttg mainan dunia dalam tafsir quran untuk berkongsi dengan kamu2 yg membaca sekarang, buka sahaja al-quran,tangan berhenti di mukasurat yang aku belum lihat,bila dibaca,ia tentang peringatan Allah tentang dunia! meremang sebentar. aku belum pernah berhenti di mukasurat itu, apatah lagi membacanya. tanda Allah mahu membantu memberitahu kepada aku dan kamu tentang ini dan mahu kita meneliti quran dan tafsirnya dengan lebih lagi-lihat di bawah.

nah ini ayat-ayatnya

"sekali-kali janganlah kamu demikian. sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai dunia. dan meninggalkan (kehidupan) akhirat." (surah al-qiyamah, ayat 20 dan 21).

jadi mari mencintai akhirat. dan bekerja bersungguh2 di dunia. memang payah namun jalan ahli syurga bukankah begitu? Allah tunjukkan pada malam ini. saat ini. jangan cintakan dunia. jangan tinggalkan akhirat. tiada alasan lagi.

alhamdulillah. wassalam. barakallah buat semua.

Wednesday, April 20, 2011

bukan perempuan

sahaja beremosi.


kamu pasti punya waktu-waktu kesedihan, keletihan, kelukaan...
memarahi diri kerana bila bersedih barulah terkapai-kapai ingatkan Dia 100%
kecewa ke mana hendak tuju waktu itu. ah mengapa engkau berbasa-basi, tipikal benar kamu. 
secara literalnya pening. waktu sedikit. rasa memberat. namun itu hanya sekelumit rasa.


perang khandak memberi impak besar.


“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu”. (Al-Baqarah: 152)


kata Melanie "get over it and move on". 


kamu akan tersenyum nanti, percayalah dengan janjiNya.

Saturday, April 16, 2011

hiperbola sayuran

mendung hari ini. berjalan menjinjit beg pasar dalam berteman hujan sedikit-sedikit. senyum si penjual mendapat habuan jualan oleh manusia yang lalu-lalang. harum aroma bunga, roti yang masih panas dari tempat bakarnya...tanah basah, suasana warna-warni, buah-buahan segar...organik atau tidak, tetap laku...

namun aku tercari2 akan mu wahai saderi, separuh cuma. separuh. aku tidak mahu sepohon giga. kerana digenggaman hanya syiling nilai dolar angka dua. pulangan 50sen itu cukup bermakna. tahukah kamu wahai saderi?

jumpa. gembira.

syukur. sup enak di kala dingin menyerbu~

berjimat itu pesanan kepada umat islam. aku cuba. kau semua pun pasti mencuba...kerana Allah yang kata~

say subhanallah. saderi 'kan ciptaan Allah.

Sunday, April 10, 2011

indescribable
words leaked
then just faltered
shoving them all
swallowing them down
GPS for sense
insignificance catch-up

lo and be-hold. Allahuakbar!

Wednesday, April 06, 2011

penghujung

mengupas sedikit demi sedikit ia
meletakkan ia jauh dari hati
ia itu-jahiliah
berpergian kamu
aku mahu bersendiri
bersama kalam Ilahi
serta ucap aksi diam nabi terakhir