Saturday, April 16, 2011

hiperbola sayuran

mendung hari ini. berjalan menjinjit beg pasar dalam berteman hujan sedikit-sedikit. senyum si penjual mendapat habuan jualan oleh manusia yang lalu-lalang. harum aroma bunga, roti yang masih panas dari tempat bakarnya...tanah basah, suasana warna-warni, buah-buahan segar...organik atau tidak, tetap laku...

namun aku tercari2 akan mu wahai saderi, separuh cuma. separuh. aku tidak mahu sepohon giga. kerana digenggaman hanya syiling nilai dolar angka dua. pulangan 50sen itu cukup bermakna. tahukah kamu wahai saderi?

jumpa. gembira.

syukur. sup enak di kala dingin menyerbu~

berjimat itu pesanan kepada umat islam. aku cuba. kau semua pun pasti mencuba...kerana Allah yang kata~

say subhanallah. saderi 'kan ciptaan Allah.

No comments: