Wednesday, December 22, 2010

entri lunak

entri terakhir berlabuh sebulan lepas.

hari ini Sir Harith meninggal dunia.al-fatihah.

dia seorang guru.
guru aku.
pengajar bahasa inggeris.
berperibadi kelakar.
senyuman bergayutan senantiasa.
tertulis sudah kematian.

kematian tertulis dan terlaksana.pergi kerana kehadiran tumor di bahagian otak beliau.

al-fatihah.

dia guru bahasa inggeris. menemui Allah hari ini.

bakal penggantinya kelak. insyaAllah.

aku.
pengajar.
subjek sama.
tertulis sudah kematian.

telahan-
maut bila2. di mana2. guru bahasa inggeris dan mati.


jarak hidup dan mati ---pengibaratan nafas berderu antara azan dan iqamat.

tujuh langkah mereka dari kubur, maka menghadirlah mungkar dan nakir..

Monday, November 22, 2010

si anak kecil ini  mencari perisai
buat segugus darah berduri-duri
mahu dicantas bersih licin
supaya elok mekar
supaya memerintah jasadi dengan ruh Ilahi

Allah.

p/s: ini status fb yang terbaru : "
ustaz semalam kata kalo nak bersihkan hati, istighfar banyak2. akan bersih suci ia kembali setelah dicemari titik2 hitam.
"

Tuesday, November 09, 2010

mencicip semanis rasa rutab
mencecah deria rasa 
tafsiran nurani 
betapa sayu

kejapkan simpulan
agar tidak kan terbunggar
liku arah penciptaanku

bersulamkan pertanian akhirat ku
menyiram benih-benih
yang akar tunjang bakal menghunjam 
membenam jauh ke dasar
membuahkan dapatan
girang di alam infiniti
mahu diredhai

sekali diselamatkan
seribu kali menyelamatkan

syahid mereka
cemburu aku kamu 

mari!

Monday, November 08, 2010

sedikit masa lagi. sedikit lagi.

lewat waktu senggang -banyak perkara mengetuk-ngetuk hati.
ditambah dengan mimpi berwarna-warni.
dan jelas.
aku ingat mimpi itu. cukup ingat.
aku nampak emak. aku tahu kalimat2 yang ku ucap padanya. mahuku.
jawapan emak samar2,tidak ku dengari. sesedarnya aku bersama menggunung persoalan di pundak.
mimpi itu-
aku buntu tiada ilmu, entah apa maksudnya. (garu2 kepala)

bukanlah diriku si penafsir mimpi.
namun apa yang ku pernah baca serta fahami-kadangkala mimpi adalah apa yang seseorang mahukan, dan mimpi juga adalah rakaman memori sewaktu sedar. semasa tidur, cebis2 memori akan muncul semula dalam bentuk mimpi.

islam pula menerangkan,


Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: “Mimpi yang baik (soleh) itu dari Allah, sedang mimpi buruk itu dari syaitan.” (Riwayat Bukhari).


Percaya pada Allah.


 Bernafas dalam kelam, bersama tembusan cahaya Dia, bernafas dalam cahaya, kelam mengekori -tinggi istiqamahnya, senafas sederu udara, aku kepunyaan Dia, pencipta aku, emak, mimpi, rasul dan kamu-kamu pembaca.

07/11/2010 -----dedication to kafa ppmq students and parents

semalam itu...

berpijak di hamparan hijau lembut
menguis angsana dan jacaranda
menghidu segarnya alam
melukis di tanah
mendengar ucap bayi-bayi
menghembus perasaan
mencampur unsur manis tawar
mengenali ibu-bapa mujahid mujahidah
senyum atas ligatnya kelibat khalifah-khalifah kecil dan dewasa
bersujud di kala mendung mendatang

semuanya adalah indah.



 jazakunallahu khairan katheera.

Friday, November 05, 2010

dalam kedinginan malam, disusuli bunyi siren ambulans?atau bomba? atau kereta peronda polis? entah.
idea di kepala berasak - asak pinta dinukilkan. nah.

manusia sering bermimpi. aku juga. jejak-jejak mimpi sentiasa ada bersama langkahku.
ibaratnya, memijak pasir halus, sedikit sebanyak butiran masih wujud di tapak kasut biar jauh mana melangkah.

bertanya2 diri.

mengapa bermimpi? untuk mencapai syurga.

apa syarat untuk bermimpi? usaha dan istiqamah.

susahkan? benar, namun Allah tidak mensia2kan kebaikanmu-diberinya pahala.

senyum? senyum.

menghela nafas lega. alhamdulillah.

Friday, October 29, 2010

baharu

masih terpahat kuat di ingatan. semasa ruh serta jasad ini melangkah menjauh ke daerah asing -bait-bait kata emak terngiang-ngiang menerjah ke gegendang telinga.

"mak dah kenai hang dah 21 tahun dah, boleh aihhh." ringkas sungguh pesanan emak. namun padat. seolah kampit tepung yang kecil, namun kejap isinya.

kepercayaan serta pengorbanan ibu bapa. kepercayan Allah yang menjaga di mana letaknya zuriat mereka.

sungguh, kerana dua faktor itu dilepaskan aku berenang ke muara. mengorbankan rasa cinta kasih kepadaku dengan membawa ke arus untuk berenang ke lautan melihat kehebatan Allah dan ciptaanNya
-bukan sekadar alam tetapi manusia di daerah asing, akal mereka, makhluk sekelilingnya dan banyak lagi.

oleh itu Dina, hargai peluang ini. kerana peluang itu kamu beroleh kefahaman ini-----cukup berharga yakni

Allah sentiasa mendidikmu, menyayangimu, tujuanmu. 
Rasulullah teladanmu.cintamu.
Al-quran penolong hidupmu. 
Begitu juga As-sunnah teraju juangmu. 
EmakAbah kekasihmu. 
Jihad usahamu, jalan mati pilihanmu, 
ingat itu.

Wednesday, October 27, 2010

most of the time
the golden syrup flows into it's streamline
as
one's ideas go popping up and down
then connected like veins 
circulating an umbrella cover
in the mask of a theme
subhanallah
how great is that?
very.

the neuron story ha~

Thursday, October 21, 2010

kelip-kelip ciptaan manusia???

pada suatu malam dingin, aku sedang menunggu untuk tugasanku untuk dicetak. entah tugasan ke berapa aku kurang ingat. dalam momen sebentar itu, kelip-kelip lampu mesin fotostat berwarna hijau muda di penghujung mesin itu membuka helaian memori tentang Aisyah. lembaran personaliti sahabat dekat-namun jauh-namun dekat-ku diselak satu-persatu. hanya dia dan aku cukup faham maksud terma panjang itu. terima kasih Aisyah, mesin fotostat dan kamu agak sinonim buat waktu ini- untuk refleksi buat panduan semua. insyaAllah.


"Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card'?" tanya Aisyah suatu hari. kelihatan tergesa-gesa. di tangan kanannya ada dokumen yang mahu segera dicetak.
"err maaf tidak tahu," cepat aku menjawab kerana aku tidak tahu serta langsung tidak pernah ambil tahu. rasa bersalah menyelubungi diri kerana tidak prihatin tentang cara penggunaan mesin itu. lambat-laun aku pasti akan gunakannya. mungkin juga di saat tergesa-gesa seperti Aisyah. suatu hari itu pasti tiba. Aisyah berlalu di hadapanku, mungkin sedikit kecewa.



Namun aku langsung tidak bertindak atas rasa bersalah itu. langsung tidak. hendakkan pergi dan mempelajari sudahlah, mengikut hawa nafsu malasku. Ampunilah diri ya Allah. aku tahu yang cara mengoperasi mesin itu penting bagi diri aku dan Aisyah dan juga sahabat - sahabat lain. namun aku tetap tidak bertindak. syaitan memperdaya untuk keseronokan seketika, dan aku terpedaya...

Suatu hari, "Dina, macam mana hendak guna mesin fotostat dengan 'key card, perlukan 'student card ya?" tanya seorang sahabat. aku kurang ingat siapa. lebih baik aku tidak meletak nama kerana aku tidak pasti. bercakap benar itu membawa pahala. aku tidak mahu dosa mengataklan sesuatu yang kurang pasti. Nah, ini kali kedua orang bertanya dan aku kelu tanpa kata untuk menyusun jawapan. aku tertekan.TETAPI aku masih tidak bertindak. aku minta maaf kepada saudari itu, (ya dia wanita, aku ingat itu) dan dia beredar tanpa mendapat apa-apa sinar harapan atau secebis pertolongan untuk memudahkan urusannya. betapa bersalah aku. ini kali kedua.

tiba giliran aku. mesin fotostat di hadapan mata. 'key card?student card? yang mana satu? keycard itu student card kah? butang-butang yang banyak. manusia yang beratur mahu guna mesin itu.
ku cuba-cuba tekan sini-sana. kerlingan orang ramai dibiarkan. hati gundah. degupan jantung seolah mahu melompat menari ia di hadapanku. beberapa kali tekaan. bunyi yang ditunggu. whirrrrrrr...dan helaian cetakan muncul bersama suhu yang suam.

kini aku sudah tahu...

kembali dari refleksi. petik jari. semua helaian tugasanku di malam dingin hampir selesai dicetak. kelip-kelip lampu masih bermain di mata. terima kasih Aisyah, Allah mengingatkan saya kepada kamu, yang mengingatkan saya kepada pengajaran yang hedak Allah beri, insyaAllah---




"Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui "(QS Al-Anbiya”: 7)

Allah hendak mengajar, tidak tahu, cari, usahakan, jangan diam. maka bertanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak tahu


DAN 


tuntutlah ilmu selagi mampu dari segala segi serta amalkan ilmu bukan simpan sehingga lupa kerana...

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." 

definisi ilmu di sini adalah ilmu dunia dan ilmu keagamaan. 

contohnya-bila ada ilmu agama maka kita belajar cara beribadah dengan betul. kita juga belajar ilmu tentang Allah, maka kita dapat kukuhkan ketauhidan kepada Allah. ibadah juga insyaAllah sempurna. 

contoh untuk ilmu dunia-contohnya mempelajari ilmu perubatan, ilmu bahasa inggeris untuk manfaat ummah

namun begitu, jika ada peluang buat menuntut ilmu tetapi tidak diguna sepenuhnya, dan ada ilmu tidak diamal,  maka rugilah kita di hari kiamat---bahkan lebih rugi bila mengajar orang lain kita tidak mendapat setitis pun manfaat dari ilmu yang kita ada, padahal org yang kita ajari telah manfaatkannya hingga mendapat kejayaan dunia serta lebih baik lagi syurga.


ya, tuntutlah ilmu walaupun ilmu menggunakan mesin fotostat kerana ia berguna kepada semua dan kita pasti akan amalkannya =)

sumber hadith serta penerangan: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/koleksihadith.htm
sumber gambar: http://www.treehugger.com/Copy%20Machine%20Photos%20002.jpg

alhamdulillah. refleksi ini dariMu. subhanallahi wa bihamdih.

menadah ke langit membiru

"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku.”


doa untuk mendapat ilham yg baik, kata kak izaty. jazakillah akak.


nafsu? makan. that's the one that i'm having a battle with. 


"Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan


 ditipu oleh kenikmatan sementara", tidak kisah apa jenis nafsu sekalipun. 


dipetik dari ustaz zaharudddin dari sumber : 


http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/jika-terfikir-lakukan-maksiat/489483591082

Friday, October 15, 2010

kata hati.
melakar di lembaran maya ini,
bukanlah ritual,
hanya mengikut irama refleksi,
manipulasi akal kurniaan Allahu rabbi,
serta-
jika diselami Al-Huda,
sedalam lapisan kerak dunia,
sungguh,
'kan terkesan,
basah mata, basah jiwa,
subur bersimbah cahaya.

~instinct. Allah leads my life. Alhamdulillah.

Wednesday, October 13, 2010

buat palestina

hari baru bermula.
kanak - kanak itu, melihat ke langit.
lantas hati kecilnya berbisik,
"indahnya langit, aku mahu terbang menyentuh awan".
dalam langkah lemah ke kawasan permainan,
perut si kecil berbunyi kuat. pedih.
hatinya berbisik lagi,
"diamlah wahai perut, aku akan mengisimu dengan makanan lazat,"
perjalanan masih diteruskan, matanya menangkap kejadian sedih,
menangis terduduk si kecil, lalu berdoa'
"di mana bantuan, Allah bantu kami"
desis hatinya, tangan tinggi menggapai udara.

Tuesday, October 12, 2010

bermula dari cebis-cebis mimpi.

sehari sebelum walimah
sewaktu aku kecil, aku sering mengikut emak atau nenek ke gotong - royong walimah di sekitar kampung. suasananya cukup nostalgik. berjalan atau membonceng motor ke destinasi. orang - orang dewasa punya tujuan membantu tuan rumah walimah, kami kanak - kanak hendak berjumpa dengan rakan - rakan dan - bermain. kejar - mengejar, sembunyi - sembunyi, polis sentri, doktor - doktor, kau namakan ia (you-name-it) kata orang putih.

masih ku ingat bau harum hasil kupasan bahan tumisan -bawang, halia, rempah ratus berwarna - warni serta sayur-sayuran yang siap dibersihkan dan dibasuh, ayam yang sedang dan telah digoreng (jika kami bernasib baik akan mendapat ayam barang seketul dua), daging lembu segar dilapah kaum lelaki. dan bau bedak bayi yang datang dari ibu - ibu yang membawa anak kecil berdukung kemas. terlekat di mindaku juga suara masyarakat kampung bercerita sesama mereka sambil bergelak ketawa. yang perempuan dengan kaum perempuan di bahagian mereka, begitu juga dengan kaum lelaki. mesra. waktu ini jugalah tiang  khemah mula dipasak di bumi. pemuda-pemuda mengemaskan pinggan,  mangkuk, sudu, gelas, jag serta peralatan untuk esok hari. di dalam rumah anak - anak dara serta wanita - wanita kreatif mula menggunakan bakat masing - masing meletakkan gam ke telur untuk dilekat pada kuntuman bunga bersama batang buluh halus. ada yang mengemaskan hantaran. biasanya aku menjenguk dari luar sahaja kerana biasanya rumah empunya majlis walimah akan menjadi padat dengan manusia - yang mempunyai seribu satu macam tugas, betapa aku mahukan hantaran berupa gula - gula, coklat, buah - buahan dan kuih - muih itu untuk dimakan dengan gembira. rupa cantik, warna menarik, rasa-pasti sedap. aku cukup ingat itu. di masa itu juga, ramai yang mengamalkan menanam ais di dalam tanah untuk mengekalkan bentuknya, (blok ais berbentuk segiempat tepat) supaya boleh digunakan masa kenduri nanti. ais diletakkan dalam lubang seperti liang lahad tetapi kecil, dikambus dan dikorek semula apabiola ia diperlukan.

 dan kami anak-anak kecil- di waktu inilah masa bertemu dengan rakan-rakan lama (yang tinggal berjiran di kampung) dan yang baru (saudara-mara jauh si bakal pengantin atau tuan rumah majlis walimah). bermain dengan bersungguh - sungguh seolah sudah kenal lama. apabila letih ya-kamilah tukang menghabiskan teh dan biskut yang disediakan tuan rumah, bukan calang-calang rasa, cukup enak. harum baunya, mengenyangkan pula. apabila tenaga sudah kembali, permainan akan bermula semula. keadaan menjadi lebih seronok apabila alam kehujanan, dalam rintik-rintik itulah kami berkejaran di hadapan rumah empunya majlis walimah,  walau basah walau kotor walau sejuk, semuanya tetap gembira. kerana habuan biskut kering bersama teh panas akan menyusul... rindu sungguh aku. pada suasana. pada masyarakatnya, pada teh panas dan biskut dan ya, pada keluarga.

*kadangkala hidangan biskut dan teh panas ditambah dengan hidangan bubur kacang...

ibrahnya: 1. silaturahim harus sentiasa dijaga supaya kesatuan umat terpelihara (macam tema sambutan  ma'al hijrah)
                2. untuk majlis nikah aku - mahu gotong - royong, bukan katering.

Monday, October 11, 2010

duhai hati
kala hina dunia meracunimu
kala serpihan bicara otot lidah menghirismu
kala sunyi kilat hujan panas bersendiri
kala itu kasih Dia melindungimu
tangisi dalam tiada cahaya
tangisi dalam adanya cahaya
duhai hati kuatlah
sembunyikan jiwa besar
tembusilah jasad akan aura pemusnah
sedetik degup hilang
hati berdebat nanti

Saturday, October 09, 2010

waiting for the maghrib prayer time.

it's gloomy
a peer through the window
the pane is dusty
scattered seashells
free soul
red ribbon
watch and chain
unique seeds
dead flowers
cactus
listen now
listen now
listen
the wind sings a lullaby
swaying those branches gently
tickling cold air
empties the pathway
nope-nobody in sight
lights on
click and off
kesuraman langit
bumi ini kehujanan lagi
kuyup alam
desah titisan-titisan
halus menganyam damai
masih memuji Pencipta
seluruhnya ta'at
dilemanya aku
wajib ta'at
persis mereka

Tuesday, October 05, 2010

bungkam

hening tirai malam
muqaddimah subuh
dingin amat hawa
sebening suasana
kabus melitupi menjauh

memanjat mentari menggapai alam
berhati-hati tingkahnya
haba serta silau menyentuh semua

jiwa bungkam, jiwa rindu
menyambut kelahiran pagi yang bayi
sayugia berawal-awalan
.
Allah, bangunkan hamba~
berdiri teguh bersama mereka
membina as-saff di jalanMu
amin.

Monday, September 13, 2010

papan kekunci

two can sometimes be better than one.no i'm not talking about polygamy here. it's about keyboard. i mean my keyboardS. notice the 's' for plural indicator. yeay! alhamdulillah. it's a plan come true! working station=great. should be the motivation to do well in this semester and the further ones.

selamat hari raya aidilfitri. taqabbal allahu minna wa minkum. moga Allah menerima amalan kita.amin.



Wednesday, September 01, 2010

redha Allah tidak semestinya pada redha manusia 

Monday, August 30, 2010

ubi kayu dan ajinomoto

andainya engkau tahu,
pasti kau kan terpaku, mungkin jua berteleku,
entah sejenak cuma,atau sedikit lama,
maka berasak2lah buah fikiranmu,berlanggaran pinta dilepaskan,
'raja' di tubuh digapai dari langit,
bertebaran dari detik2 sirna,berpecah,meluntur,
pabila direntasi lorong2 peristiwa,
waktu berputar,mengalir,menganjak
terlalu laju ampuh langkah bertingkah pasir dan sepatu,
sejarah yang tenggelam,sejarah yang menunggu,
entah di mana,entah bila,entah bagaimana,
kuasa Dia.
alhamdulillah,
arah itu ada,tersembunyi di balik kabut binasa.

Thursday, August 26, 2010

tempe?

tempat ini tempat menyalurkan rasa,
pabila dakwat tinta sudah mula membeku di helaian lembaran,
maka jemari gelisah menikam butir2 kekunci...
berdebar menyalin fikiran,
dihias dengan semangat jalinan insan,
berkongsi rasa berkongsi pahala
berkongsi analogi

beras,dulu dan kini...
walau butiran beras terbiar,
jika dibilas di aliran air,
dan dimasukkan diam2 ke dalam periuk tanak,
tetap menyumbang kepada sendawa manusia
walau halus, walau patah,
tetap berbakti,
tetap patuh,
tetap tunduk bersama pohonnya sehingga tuaian petani,
tetap mampu berfungsi sebagaimana ada tujuan ciptaannya..

manusia kini?
fungsi sudah bertukar arah,
akibat serangan hebat perang pemikiran...
fahaman tujuan ciptaan untuk terbiar,
untuk menikmati duniawi habis-habisan,
perkara kecil dibesar2kan,
yang tidak penting diagungkan,
yang penting lantas diabaikan,
disapu bersih ke tempat pembuangan,
ibubapa langsung ditolak tepi,
maksiat berleluasa tanpa arah kemudi
bersepahan jua jasad2 kerdil suci,
hasil perhubungan hiburan duniawi..
kerosakan dari segenap segi,
pertumpahan darah membasahi bumi...
semuanya..
menjauh dari ketamadunan...
menjauh dari hak insan...
menjauh dari Tuhan..
lumut akhir zaman semakin membaluti dunia,

berkata aku seperti ledakan pemusnah,
tidakkan mampan jika KITA hanya berselimut,
bangun dan berjuang,
masa enak tidur telah lama tamat,
setelah rasulullah dipeluk Jibril,
tanggungjawab berat dilaksanakan dengan amanah,
setelah roh bersetuju menggenggam kalimah,
kita juga dipeluk tanggungjawab khalifah,
lahirlah ke dunia...inilah dirimu.diri aku.
ayuh bangun,aku dan kau sudah kesuntukan masa,
biar menjadi penyusun bata,
sebelum bangunan tamadun tersergam indah,
dan pintu taubat tertutup rapat,
tinggal waktu hisab~
berakhirlah dunia,bermulalah kehidupan infiniti.

jom2 bergerak.

khas dari dinaso.buat teman2 penyelamat (saudara saudari seislamuku)-----menyelamatkan umat akhir zaman yang islam dan lain2nya, yg semuanya sedang dibelenggu keduniaan untuk meleraikan rantai besi itu untuk memanfaatkan dunia untuk akhirat. Ya Allah bantulah kami.Amin.

Monday, August 16, 2010

rinduan yang rawan

ramadan yang dirindui kembali,
perang nafsu yang jelas,
sekularisme membatas,
nafsu merajai pabila ramadan melangkah pergi,

seolah-olah sayonara,
maka..
lupa agama,
warisan semata,
jauhilah Ya Ilahi..

kiamat semakin dekat,
mati itu pasti,
neraca tersergam hebat,
hanya dua destinasi,

bangkitlah semua,
bermula dari diri,
biarlah menjadi buruh2 menanam cerucuk,
kerana islam PASTI menang,
moga ada sumbangan diri,
ditanggung supaya terjawab di hadapan Ya Rabb,
sebelum tamadun membaluti dunia terakhir kalinya,
saat itu,masa semakin menyesak,
pintu taubat bakal dikunci rapat.

apa telah aku sediakan buat diri?

Wednesday, August 11, 2010

jiwa-jiwa

berdiri...
di balik panahan mentari berbalam-balam,
berdebu hitam sepatu usang dibawa mengembara,
langkah tersusun dipacu tanpa tolehan kali terakhirnya,
dalam rusuh dunia yang payah dapat menafsirkan
keras batu terbelah dek air,masa mencair
kalam berbicara menutur rahmat Dia,kasih rasulNya
harapan teragung,moga dapat didakap.
Amin.

Saturday, August 07, 2010

catch a breath-less

"bagi orang-orang yang berbuat baik,ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya (melihat wajah Allah ta'ala).Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya. (surah yunus,ayat 26)

Tuesday, August 03, 2010

hari ini dan semalam

di sebuah negeri yang letaknya di bahagian barat lautan Hindi.

hari semalam.suhu telah  menaik tinggi --hingga membuatkan penduduk-penduduk di kawasan itu berfikir sejenak. adakah ia akan berakhir?yang berpakaian berlapis-lapis mula menanggalkan persalinan --tinggal kain yang menutup aurat sahaja..gembira bahawa mereka akan menikmati keselesaan haba semula.

namun hari ini. suhu turun semula. mendadak pula. maka masyghullah segala rakyat jelata setelah diberitakan yang keadaan itu masih belum sampai ke pengakhirannya. berasak-asak rakyat jelata mencari semula persalinan tebal-tebal buat menghadang tubuh dari bayu dingin...

wahai rakyat jelata,wahai umat akhir zaman,

Allah itu ada,Allah itu penyusun terbaik~rancanglah sebaiknya,dan bertawakkal kepada Dia jua.

”Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (QS.As-Syams 91 : 1 -10)

Saturday, July 31, 2010

hari ini hari sabtu.langit cerah.awan putih bergumpalan layaknya gula-gula kapas-yang mencair di lidah pabila dimamah.namun lapisan mendung berwarna kelabu cerah mula menutup pentas angkasa. menerawang fikiran sebentar...

bayu.
berdesir halus.menghembus damai.semilir merdu.

pohon.
melambai girang.menari-nari dalam simbahan cahaya bintang bumi.

insan.
kewajipan menjadi pengembara hebat -menyelamatkan yang leka sirna. dan juga menggalas tanggungjawab musafir yang mana lelap sebentar di bawah pepohon ditemani bayu.khusyuk bertafakur.mentaati pencipta.meneruskan derap langkah ke daerah kekal abadi.

Thursday, July 29, 2010

galau jiwa

keresahan yang menjalar. melemahkan jasad. mematikan langkah kaki.
bersama dada menghadap ke barat, kepala didongakkan ke langit sambil tangan dirapatkan bersama. nafas terhembus puas menikmati syahdu alam di kala bening cahaya yang semakin menghilang. kegelapan mula menyelimuti. kesejukan semakin terasa. padang rumput basah ditelurusi. bunyinya bergema bersama deruan suara malam.
bayangan sepohon kayu tinggi diselimuti cahaya bulan semakin jelas di pandangan. angin lembut menampar wajah, meninggalkan kesan yang tak kelihatan. langkah kaki mati lagi. bintang telah muncul. awan berlalu tanpa kata setelah membenarkan bintang menghiasi tabir angkasa.
indah. hilang segala resah. bila bersama Allah.
dan masa itu cukup pantas pecutannya.tidak menanti lagi.senafas hembusan.sekelip mata.hidup mengejar detik-detik yang sentiasa meninggalkan.tidak akan kembali lagi.sejarah semakin menggunung...

Thursday, June 24, 2010

assalamu'alaikum. moga kesejahteraan melimpah-ruah ke atas engkau semua.

heheyy sila klik di sini, aku terjumpa ini. cukup penting. cukup menarik. sebelum terlambat. sebelum tiada waktu bertaubat. sebelum mata terlena.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=440725271082&id=226669856575

ini hadiah dari aku. aku sayang semua saudara seislam aku.

mungkin aku akan meninggalkan belog ini selama tiga minggu. jika tiada aral aku akan menitipkan sesuatu buat semua dalam jangkamasa terbabit.

aku suka imej ini.subhanallah.

jazakallahu khairan kathira. barakallah. Allah sayang kita. Allah dekat dengan kita. sayangi Allah kembali. sayangi rasul dan agama ini. syukuri nikmat dilahirkan sebagai islam, dan mati dengan nama Tuhanmu. Amin. insyaAllah ta'ala.

chiao.cheerio.bye2.

assalamu'alaikum.

p/s: aku mula dengan bismillah dan langkah kanan, perjalanan sambil melihat kekuasaanNya di mana2.moga selamat.moga mendapat keberkatan dan ilmu yang berguna.

image credit: http://veryveryfun.com/pics/animal-love/animal-love.jpg

sayanggg~

salam

titik tolak perubahan bermula pada malam ini.

Allah sayang aku.

segalanya bermula dari perubahan diri sebelum mengubah dunia.

mari aku kongsikan ini bersama engkau semua (sumber dari ceramah ustaz Abdul Halim temanya "Aku Peduli"):

ini diaaaa~

ciri - ciri muslim yang patut ada pada diri aku dan kau semua (untuk berubah menjadi seorang MUSLIM Berjaya di dunia dan akhirat)

  • 1.sihat tubuh badan (joging ke, buat pergerakan konsisten setiap hari ke,ziarah gym ke maksud aku guna sekali barang2 kat situ supaya dapat beribadah dengan baik dan khusyuk)

  • 2.akhlak 'mantop (ikut akhlak rasulullah, kalau orang terpijak kaki senyum je, maafkan jangan pijak kaki dia balik, tunjuk yang islam itu cukup indah--akhlak terhadap manusia dan alam -  haiwan, tumbuhan, ilmu...dll)

  • 3.fikiran terpelajar ("jangan malas berfikir," pesan cikgu sains aku masa tingkatan tiga, banyakkan berfikir dan cari ilmu supaya fikiran kita semua terbuka dan mampu menyumbang fikiran untuk kebaikan ummat dan islam)

  • 4.aqidah sejahtera (fahamkan aqidah itu apa, kerana dari aqidah kita mengenal siapa Allah, siapa rasul, ada apa dengan agama dan apa yang harus kita lakukan)

  • 5.ibadah yang sah (jaga ibadah, jauhi was-was dalam ibadah, syaitan memang akan mengganggu kita membuat kebaikan, ibadah itu tujuan utama kita kan?)

  • 6.tersusun dalam urusan (maksudnya kena ada strategi dalam setiap apa yang kita buat, nak siapkan assignment atau kerja rumah pun ada strategi, nak kahwin pun ada-tipu kalau tiba-tiba kau terus buat walimatul urus tanpa mengira berapa orang yang hadir ke majlis kau, mari menyusun jadual hidu berdasarkan waktu solat, cukup sistematik, percayalah =))

  • 7.menjaga waktu (ada antara kita yang sibuk dan ada yang mempunyai banyak waktu untuk rileks dalam sehari- hari, apa-apa pun waktu solat perlu dijaga, kalau waktu lapar pandai cari makanan tapi kalau dah masuk waktu solat perlukah menunggu sejadah mencari dan bertanya "hohoi waktu solat dah masuk oiii" terus bergegas tanpa membuang masa sesaat pun, hindari pembaziran waktu kerana kita sedang mendekati mati, siapa tidak setuju??)

  • 8.bermanfaat pada orang lain (sampah masyarakat, jangan jangan jangan kerana sampah layaknya tidak menyumbang apa-apa okey boleh kitar semula namun sedikit amat sumbangan engkau jadi jadilah permata masyarakat yang memberi manfaat kepada semua sekeliling, saham akhirat oooo)


  • 9.mencari nafkah (maksudnya bukan di alam perkahwinan sahaja okey ke aku seorang yang berfikir sedemikian jadinya mencari nafkah maksudnya bekerja dan mendapat gaji dan menyara kehidupan diri keluarga supaya ekonomi yang stabil disebabkan usaha kita dapat meyumbang ke arah ekonomi islam sham akhirat lagi okey, dan kalau sudah kahwin sara keluarga isteri dan anak2 juga itu kena beritahu?hehe)

  • 10.tundukkan nafsu (jika wanita2 amnya perlu tundukkan nafsu shopping tolak ke tepi sedikit untuk sodaqoh kat masjid surau ke palestin, mana tahu duit yang dah disumbangkan itu sebenarnya nanti beli barang yang tidak akan guna pun, rosak ke, tidak berminat ke siapa tahu tapi Allah tahu, dan golongan lelaki jalan tunduk2 jaga jangan langgar tiang atau orang atau apa2 objek sebab ramai wanita pakai pakaian yang tidak sepatutnya~yaa semua orang boleh berpuasa juga untuk tundukkan nafsu)

jadi, jom jom jalinkan agama dan kerohanian dalam apa yang engkau dan aku usahakan sekarang ini supaya engkau dapat mencapai kejayaan dunia akhirat. contohnya, jika aku menajdi guru, aku tidak akan hanya mengajar subjek yang ditugaskan kepada aku sahaja tetapi aku juga akan mendidik manusia2 menjadi ummat cemerlang di dunia dan akhirat, kenal agama, kenal Allah, kenal Rasul, kenal asal - usul, kenal tujuan kehidupan dan target akhirat.

okey itu perkongsian aku untuk hari ini. jika ada kekhilafan penerangan aku mohon maaf ya? kamu sentiasa boleh berkomunikasi dengan aku dengan memberi cadangan atau komen di sini atau di facebook aku, beritahu saja aku akan sentiasa terbuka =). and yes PALESTINIANS need you and me. please please do something.

p/s: bermula detik ini, 24jun2010, sedikit dari 23jun2010 beberapa jam sebelum itu---BERUBAH biiznillah.you know what you should do.back to the real world~reality hits me hard but life is tough, akhirat is tougher.


image credit: http://www.arielbravy.com/photoblog/images/20060102190017_water%20droplet.jpg

Sunday, June 20, 2010

silent speech

Happy Father's Day.

Mum said everyday is father's day or mother's day or teacher's day or birthdays, any days...as long as you are grateful to Allah and thank these persons through direct and indirect ways (you have your own style),

and you also express it to Allah by saying, "alhamdulillah, i've got all these people around me. and alhamdulillah they always guide me to be a good muslim."

Saturday, June 19, 2010

krappp~break

bunyi itu.bunyi makanan itu.

Papadom.pappadom.aish aku kurang pasti yang mana satu ejaannya yang betul , tapi engkau semua faham bukan apakah yang aku maqsudkan~haha gatal eja maksud jadi maqsud.

oh makanan itu sedap.rangup.pedas sedikit mungkin.dan kaya dengan rasa jintan dan aroma rempah...

berupaya mengembalikan aku ke zaman kanak-kanak.masa masih muda. memori kehidupan yang agak susah, berumah kayu bertiang empat, berhujan bersama kerana berlubang atapnya,bertangga tinggi, berlubang di lantai dapurnya (lubang itu sebagai sinki,tempat emak atau abah letak aku jika aku menangis malam2-mereka tahu lubang itu menakutkan aku dan membuat aku senyap serta-merta~haha)

pappadom.snek kegemaran aku adik-beradik.tiada coklat cadbury.tiada gula-gula m&m.tiada keropok super ring. aku kenal semua itu dalam proses menjadi dewasa. alhamdulillah kehidupan semakin baik selepas itu. alhamdulillah.



namun memori tetap memori. tidak akan terpadam jika aku mahu ia kekal di dalam kotak ingatanku. kami saling bersaing pappadom siapa paling rangup, maksudnya, bunyi yang dihasilkan paling kuat. kanak-kanak, apa yang harus dirisaukan. bermain adalah saat bahagia. pappadom juga merapatkan hubungan kami.

aku rindu saat itu.

saat menjadi kanak2. dan ingatlah waktu itu menjadi kanak2 tidak berdosa. dan sekarang? sudah baligh. sudah dewasa. sudah menanggung dosa sendiri. refleksi. berusahalah ke arah menambah kebaikan. sungguh tidak tertanggung dosa...

p/s: pappadom dan vadai. sedap bila dimakan panas2. panas lagi api neraka.

image credit: http://www.dilserestaurant.co.uk/images/poppadoms.jpg

lorong cerah

lorong cerah di bandar asing. bukan bumi tumpah darah ini.

aku berjalan2 di lorong itu. ia penuh dengan deretan kedai2 menjual barangan mewah, barangan yang aku mampu lihat hanya dari luar dinding kaca jernih, pameran2 indah, dengan pencahayaan serba ekslusif, dan ya, aku hanya mampu membeli-belah tingkap sahaja...(window shopping).

...dan di celahan orang ramai aku terlihat akan seorang insan ini, lelaki, sudah berumur, usianya lebih kurang usia abahku dan dia sedang membetulkan kedudukan sebuah tangga besi, tangan kanannya menggenggam erat sebatang pembersih tingkap manakala tangan kirinya sibuk bekerja mencari kedudukan strategik untuk memulakan tugas. ingat lagi tentang perenggan pertama bila aku sebut tentang dinding kaca jernih? ya, itu hasil kerja pakcik ini, cukup teliti meyebabkan aku dapat melihat terus ke dalam setiap kedai dan menceritakan tentangnya kepada engkau semua.


dan waktu itu keadaan seolah2 mengikut rentak pemikiran aku. pergerakan  aku dan pakcik itu masih normal tetapi pergerakan manusia serta persekitaran seolah2 dipengaruhi ruang masa yang memperlahankan segala2nya dengan tiba2.

okay tentang pakcik ini. adakah engkau semua selalu percaya kepada kata hati? atau gerak hati? aku selalu percaya kerana aku yakin ia adalah ilham dari Allah. entah mengapa hati aku mengatakan pakcik ini seorang muslim. entah mengapa. dari cara dia berpakaian cukup biasa, seperti orang2 lain juga. berkemeja, berseluar panjang hitam, dan ya, ada jam Rolex berwarna emas di tangan kanannya. (ada sejarah bagaimana aku cukup pasti jam itu berjenama Rolex).

bersama gerak hati,aku melintasi pakcik itu sambil mengukir senyuman buat menghargai kudrat yang dia curahkan untuk masyarakat sekeliling serta aku...(waktu itu dia sedang mengelap dinding kaca di depannya) dan...

"wa'alaikumussalam" ucapnya kepadaku.

aku tersentak. jantung berdegup laju. (namun langkah diteruskan). kata hati aku benar. 

adakah engkau juga akan terkejut seperti aku apabila seseorang dari ramainya insan mendoakan kesejahteraan engkau di tengah2 bumi asing? aku cukup menghargainya. aku doakan moga dia bahagia di dunia dan akhirat. amin.

Thursday, June 17, 2010

kaca dan mata

salam

kadangkala membuat keputusan itu sesuatu yang amat payah dalam hidup.bagi akulah.ikut keadaan.kadang2 aku rasa kosong.hidup macam robot.sekarang aku rasa nak bermadah pujangga.huh?

kosong.
kegelapan ditelurusi.
menjauh penghujungnya.tidak pasti.
debu-debu pasir bertebaran, menerawang mengaburi.
lalu menghilang dari pandangan.
cukup mudah.
seolah kerdipan mata.
hidup?
mati?
pasti?
hari ini tidak.esok juga tidak.

p/s: titisan air di cermin adalah pandangan yang aku tunggu2 apabila hujan.nostalgic.itu sahaja.

Monday, May 31, 2010

ketayap boleh makan.

hoihai.kau semua sihat?mari sebut alhamdulillah syukur,kau tak tanya pun aku tetap bersyukur aku sihat.


berhabuk belog ini.sungguh kesian.aku tinggalkan kerana kesibukan dunia.ouh dunia je ke??(bukan benda2 dunia kau buat ini untuk persiapan akhirat ke?kau nampak tak pokok bunga kubur tadi,nampak tak??)


ya.jawapan kamu juga ya/iya/ yeahhh/ouwyeyeahhh?kan?tidak boleh berkata tidak.kenapa?kerana kamu dan aku diciptakan untuk ini:


“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)


tugas kita beribadah kan?


maksud aku belog ini ditinggalkan buat seketika untuk aku fokus ke arah keutamaan aku sebagai pelajar.belajar juga ibadah bukan?


adapun arakian ibadah itu terbahagi jualah ia kepada dua.ibadah umum dan khusus.
sila rujuk belog ustaz ini:http://ustaznazmi.blogspot.com/2008/04/konsep-ibadah-dalam-islam.html


jazakallahu khayr buat beliau.


dan dan dan salah seorang sahabat aku,pernah berpesan,"utamakan keutamaan." ustazah dia pesan kepada dia dan dia sampaikan kepada aku.aku sampaikan kepada kau semua.kau sampaikan kepada sesiapa sahaja yang akan sampaikan kepada sesiapa lagi.


betul.antara belog ini dan pembelajaran aku,aku akan fokus kepada yang utama iaitu pembelajaran.


tapi bila sedang fokus kepada pembelajaran maksud aku membuat assignment kemudian masuk pula waktu solat,apa yang harus aku dan kau utamakan??


utamakan keutamaan dan utamakan Yang utama-ALLAH.kembali kepada ayat di atas.




p/s:ketayap mak aku suka dari zaman kanak2 beliau dan kerana ketayap juga abah aku bising kerana adik2ku yang suka mengambil benda itu sesuka hati dari koleksi beliau.jadi ketayap mana yang boleh makan?haa jawab2

Friday, May 21, 2010

adamaya

kamu tengok 'kah?aku tak. sebab?melalaikan (bagi aku 'lah,bagi kamu?sila kongsi jika tidak keberatan). mari baca cerita aku. adamaya 'kan 'dah tamat.


aku buka mata.reseptor kulit mengesan suhu yang rendah.aku berniat.kemudian tingkap dibuka.di balik kaca yang jernih kulihat kehadiran titis-titis air yang mengalir perlahan.suasana mendung, alam diselubungi hawa dingin.awan2 bergumpal berisi hujan berarak megah menyiram bumi bersama rahmat Allah.aku pijak tanah yang basah. hasil geseran tapak kasut serta air di tanah menghasilkan bunyi khas. angin sejuk menampar lembut wajah. aku suka. kamu bagaimana?


dan ya,aku jumpa ini.


"hai anak adam,pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid*,makan dan 
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan*. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (surah al-a'raf, ayat 31).


masjid*=tiap2 kali mengerjakan solat atau tawaf atau ibadat lain
berlebih2an=jangan melampaui batas yang diperlukan tubuh dan jangan melampaui batas2 makanan yang dihalalkan.


bintang* yang pertama adalah tentang berpakaian segak, bersih, wangi2 bau minyak attar untuk beribadat...menunjukkan keikhlasan kamu dan aku untuk menyerah diri kepada Yang Esa.


tapi di hari yang hujan ini aku mahu menyentuh bintang* yang kedua iaitu tentang makan dan minum. mari aku ajak kamu, mari menyentuh beramai2. 


ayat ini adalah peringatan untuk anak cucu cicit adam termasuk aku yang suka makan. dan aku suka makan banyak2. jika sejuk lagilah banyak. aku tahu aku berlebih2an. maka aku perlu makan dalam kadar makan  untuk menjana tenaga beribadat dan berjuang.


lalu aku pun memanfaatkan ikon 'google search'. oh yeahh, ini hasilnya. alhamdulillah.


marilah kita makan dalam kadaran yang perlu, lebih baik sebelum kenyang kerana...


Abu Sulaiman Ad-Darimi berkata "Kunci dunia adalah kenyang, sedangkan kunci akhirat 
adalah lapar." 


mana lagi penting?dunia atau akhirat?
...dan kerana ini juga...


Al-Harits bin Kaladah, salah seorang pakar kedoktoran Arab pada masa lalu berkata,
"makanan (melebihi yang diperlukan), merupakan pangkal penyakit.


ini menakutkan dan memberi pengajaran. berpuasa?cadangan yang menarik dan ada sebabnya lagi kenapa kita perlu makan dengan sederhana sebab...ouch! eh aduh! kena diri=


Al-Harits berkata pula, "Yang membunuh manusia dan membinasakan binatang-binatang 
buas di dunia ini, ialah memasukkan makanan di atas makanan sebelum selesai 
pencernaan.
takutkah?takutkah??


dan yang akhir sekali...penutupnya...


"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). 


p/s: makanan adalah kawan aku. namun aku perlu sayang diri aku. kamu sayang diri kamu juga ya?





Wednesday, May 19, 2010

serbuk kari

assalamualaikum buat kamu semua.

hari ini giliran aku memasak. aku masak kari ayam. sedap air tangan aku 
"kari ayam" (kata orang kl,orang kl kah aku?), "gulai ayam" (kata org kedah),negeri lain lebih kurang juga panggilannya kot? apa2 pun kamu panggil ayam tetap berada selepas perkataan itu. kamu tetap akan guna serbuk kari jugak kan?kan?alagappas?babas?brahim's? dan kenapa aku menulis tentang kari? sebab ia tiada kaitan dengan tajuk hari ini. aku hanya ingin membuat kamu cemburu dengan aku kerana aku telah berjaya menghasilkan rasa masakan itu seperti masakan emak. percayalah...maksud aku -cayalahh!

ok2.sebelum itu oleh kerana aku empunya empayar blog ini pastilah aku yang akan berbicara dan kamu akan membaca, kamu pasti boleh berbicara seperti aku tetapi berbicaralah di blog kamu, pasti aku akan baca, hidup ini 'kan tentang memberi dan menerima (ceh,cliche gila kau

dan dan dan oleh itu silalah tinggalkan jejak kamu di mana2, atau kamu amat dialu2kan berbicara sebanyaknya di bahagian 'comment atau 'shoutbox atau 'follow sahaja blog ini, (insyaAllah tanpa was2 aku akan jejak kamu semula).itu mesej aku sebenarnya.

.kawan2, mari pergi kepada perniagaan sebenar (let's get to real business). abaikan repekan aku sebentar tadi.

ehem.perkongsian hari ini adalah tentang bersolat dalam permusafiran.

aku mulakan dengan soalan ini -apa yang bermain2 dalam fikiran kamu bila aku tulis ini- "pakaian untuk bersolat?"

adakah kamu terfikir tentang telekung berwarna putih, berenda2, berwarna-warni, berbunga2 indah, dan ada sesetengahnya berjahit tanda 'malizia' seperti ini-"ماليزيا" di bahagian belakang kepala? dan bagi yang lelaki, kain pelekat, baju melayu, songkok, ketayap...? 

bagus jika fikiran kamu bertepatan dengan contoh di atas, kerana itu adalah contoh pakaian solat yang menepati syarat sah solat (selagi ia menutup aurat). namun adakah kamu HANYA perlu pakai semua itu pada setiap waktu solat?adakah?adakah??

bayangkan situasi ini (walaupun situasi ini untuk muslimah)-jika kamu sedang berjalan di Times Square dan waktu solat telah masuk dan kamu tidak membawa telekung, begitu juga rakan2 kamu dan apabila kamu pergi ke arah surau di tingkat tujuh kamu lihat ramai lagi muslimah menyerbu surau dimana pelbagai jenis kasut (kantoi aku selalu mengkaji kasut2 di luar) dan telekung semuanya sedang digunakan dan telah di'cop atau di'after jadi kamu hanya mampu mengambil wuduk dan berdiri sambil menunggu entah bila kamu akan dapat menyarungkan telekung dan mula bersolat.kamu melihat jam di tangan/telefon bimbit dengan resah... kamu tahu 'kan penantian itu satu penyeksaan?

kini tidak lagi!...hanya jika kamu memakai pakaian yang menepati adab berpakaian di dalam agama islam. secara automatiknya kamu hanya perlu mencari tempat yang bersih, serta kamu tahu masuknya waktu serta arah kiblat, kamu sudah boleh bersolat dan terus bermain bowling dan makan di kenny rogers oh aku sungguh rindu akan saat2 bersama rakan2 di times square...

oleh itu, di sini ingin aku kongsikan tips untuk memudahkan kamu menunaikan solat walau di mana sahaja kamu berada di muka bumi Allah ini -semasa berada dalam keadaan musafir (walaupun kamu tinggal di bandar tun razak dan kamu pergi berjumpa rakan2 di times square, kamu sudah layak dipanggil musafir,adakah kamu bangga??adakah?

ok2 berbalik kepada tips ini, :

wahai musafir2 sekalian, 
  • sentiasa ketahui waktu solat (aplikasi dalam telefon bimbit atau manual-ingat je)
  • pakailah pakaian yang membenarkan kamu terus dapat bersolat apabila memakainya (jika kamu mahu pakai telekung atau pakaian khas, terpulang)
  • bawalah kompas bersamamu (untuk tahu arah kiblat)
  • sediakan objek untuk melapik dahi kamu semasa bersujud nanti(plastik, beg, sejadah, etc asalkan tiada najis)
  • sumber untuk ambil wuduk/tayammum (air dlm botol, mana tahu tidak berjumpa sumber air)
  • cari tempat rata untuk kompas (aku hampir terlupa point ini,cikgu geografi aku kata kompas amat sensitif, jika kamu letak ia di kawasan tidak rata takut arah utaranya dipengaruhi...apa cikgu geografi kamu kata??)
  • tempat yang tenang (tempat yang selesa dan membantu kamu khusyuk -contoh tempat yang kurang sesuai-di tengah2 alam khalayak ramai (kecuali sudah tiada pilihan) atau depan iklan minyak wangi di mana ada imej manusia berpakaian tidak sepatutnya-aku tahu kamu faham maksud aku)
seperti biasa jika anda tambahan sila beritahu hamba.

ok itu sahaja. kari ayam menunggu aku. babai.

p/s: aplikasi kompas dan azan juga boleh diletakkan dalm telefon bimbit kamu. sila cek website ini  http://www.islamicfinder.org/

Tuesday, May 18, 2010

selain lelaki???


ada perempuan dan khunsa. gay dan lesbian? itu golongan yang DNA dalam kromosom mereka bertanda XX dan XY namun orientasi seksual mereka telah ditukar atas pilihan sendiri mengikut hawa nafsu...tapi hari ini mari aku membawa kamu semua untuk fokus tentang perempuan~sebab aku juga perempuan, wanita (bila aku betul2 matang,eceh2)...isteri.(belum lagi tapi masa walimatul urus aku sila bawa hadiah berupa barang2 dapur seperti microwave, dapur, pinggan mangkuk supaya aku tak perlu beli dah...)
ok2 ampun2 aku agak mudah hilang konsentrasi, jadi doakan moga aku sentiasa fokus..hari ini jom kita fokus tentang perempuan dan aurat okey~
paaada suatu hari aku terjumpa satu video di facebook, seorang  ustaz/khatib/khotib sedang memberi khutbah jumaat atau ceramah agama atau tazkirah, (yang aku pasti dia sedang berkata2 di dalam sebuah masjid dimana ada ramai manusia sedang khusyuk mendengar) ok2, dan kata-kata yang menarik perhatian aku adalah...
"mata manusia sentiasa berkaitan dengan kemaluan, jadi jika anda tidak tutup aurat maka pasti ada mata yang melihatnya sama ada secara terus atau curi2 atau terlihat namun semuanya dapat mengaktifkan kemaluan, kita insan lemah, iman belum tentu sekukuh mereka di zaman nabi...kerana itulah berlakunya zina, rogol, onani dan sebagainya yang dilarang agama"
rasa2nya satu ayat itu telah menyimpulkan kata2 ustaz tersebut pada hari itu...
kerana itu kepada perempuan2 termasuk diri aku, ini ada satu hadith berkaitan dari salah seorang isteri yang Rasulullah sayangi iaitu Aisyah 
...melaporkan buat panduan kita,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

mari aku jelaskan kepada kamu, mesej hadis Rasulullah di sini adalah...jika kamu perempuan, maka kamu (dan aku) wajib menutup bahagian tubuh kamu kecuali muka dan tapak tangan (mari aku tunjukkan juga apa itu tapak tangan dan muka). tapi janganlah kamu tutup muka nanti kamu tidak dapat melihat dan bernafas. okey aku buat lawak yang tak lawak pun,(no offense sapa2 yg berpurdah), tapi mesej ini sudah jelas...maksudnya  jika ditunjuk juga aurat, maka kamu secara tidak langsung menempah bahaya, bahaya orang yang melihat aurat kita (rujuk semula kata2 ustaz di atas bahaya yang bagaimana) dan bahaya Allah murka terhadap kita.
oleh kerana itu disenaraikan pula adab berpakaian dalam islam untuk semua...
mari mulakan dengan ayat ini...

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
T.Q.S Al A’raf: 26

tengok. Allah ciptakan tumbuhan dan haiwan yang hasil dari mereka boleh digunakan untuk membuat banyak jenis kain dan fabrik serta fesyen di dunia ini. jadi mari kita gunakan segala pemberian itu untuk memakai pakaian berdasarkan adab2 ini:



1. menutup aurat dan niat yang baik (tengok, yang nie yang pertama sekali, niat baik bukan untuk menunjuk2 pakaian)
2. Jangan terlalu ketat (yang ketat itu yang menampakkan bentuk tubuh hingga menarik perhatian mata2 melihat dan membawa ke arah fikiran yang tidak baik,jadi jangan bagi peluang itu kepada mereka!
3. Tidak berlebih-lebihan
 (
Allah SWT tidak menyukai orang yang selalu berlebih-lebihan,contoh pakai baju berlapis2 sampai berpeluh2 atau pakai warna yang mengalahkan warna baju polis trafik atau yang 'bling2 sangat,ouh mataku!)
4. Harus bersih dan rapi
(
Sebab Allah SWT menyukai orang-orang yang senantiasa menjaga kebersihan, baik kebersihan badannya maupun pakaiannya.kalau malas basuh baju hantar laundry je,duit sendiri mau ingat)
5. Sesuai dengan situasi
(
Ketika sekolah, pakailah pakaian seragam sekolah. Ketika bermain, pakailah pakaian untuk bermain/bersukan hehe)
6.Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki bagi perempuan, dan sebaliknya. (Dari Ibnu Abbas R.A., Dia berkata: Rasulullah S.A.W. telah melaknati orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Dan dalam satu riwayat, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan.)

(*jika ada tambahan sila letakkan di bahagian komen, saya akan segera menambahnya di senarai ini) 

aku juga mahu berkongsi tentang pesanan mak aku, "suka hati engkolah nak pakai apa, janji tutup aurat dan senang nak beribadah (belajar,solat..)"

dan apabila perbincangan ini berkisar tentang aurat, aku ingin juga menyentuh tentang bertudung...mari sentuh ramai2..

Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
jadi pakailah fesyen apa pun kamu mahu asalkan kamu melabuhkan tudung ke dada kamu, dan adab bertudung juga perlu mengikuti adab-adab berpakaian seperti tidak berlebihan (warna dan perhiasan manik/batu di tudung berlebihan sampai menarik perhatian atau menyilaukan mata masyarakat) dan tidak menampakkan bentuk (selalunya aku lihat tudung yang seperti Ariani itu menampakkan bentuk leher jadi berhati2 ya kawan2) dan lain2 (rujuk semula senarai adab di atas).

ini ayat lagi panjang untuk peringatan kita,

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

jadi sudah terang benderang kau nak suluh buat apa lagi-yang perintah menutup aurat untuk wanita yakni fokus aku hari ini adalah perintah Allah untuk kita, juga kaum lelaki. oleh yang demikian marilah kita mengikuti perintah2 terbabit. barakallah.

 p/s: tentang ayat haiwan menyumbangkan fabrik untuk kita--aku sungguh geli dengan ulat sutera tapi aku juga suka akan kain sutera.terima kasih ulat,geli2 pun hasil kau dijual dengan sungguh mahal.(ingatlah wahai diri bahawasanya ulat juga diciptakan Allah)