"mak dah kenai hang dah 21 tahun dah, boleh aihhh." ringkas sungguh pesanan emak. namun padat. seolah kampit tepung yang kecil, namun kejap isinya.
kepercayaan serta pengorbanan ibu bapa. kepercayan Allah yang menjaga di mana letaknya zuriat mereka.
sungguh, kerana dua faktor itu dilepaskan aku berenang ke muara. mengorbankan rasa cinta kasih kepadaku dengan membawa ke arus untuk berenang ke lautan melihat kehebatan Allah dan ciptaanNya
-bukan sekadar alam tetapi manusia di daerah asing, akal mereka, makhluk sekelilingnya dan banyak lagi.
oleh itu Dina, hargai peluang ini. kerana peluang itu kamu beroleh kefahaman ini-----cukup berharga yakni
Allah sentiasa mendidikmu, menyayangimu, tujuanmu.
Rasulullah teladanmu.cintamu.
Al-quran penolong hidupmu.
Begitu juga As-sunnah teraju juangmu.
EmakAbah kekasihmu.
Jihad usahamu, jalan mati pilihanmu,
ingat itu.
No comments:
Post a Comment