Saturday, April 30, 2011

titisan rahmat

pokok bunga raya tokchik arah. manfaat alam buat manusia


hari ini, lagi aku tersentap dengan detik hati yang Allah ilhamkan,inshaAllah. Allah syg. Allah syg kamu2 juga. kerana nikmat islam itu masih bersama kamu dan kita, jadi hargai dan bergeraklah menjadi muslim yang berpandukan quran dan sunnah.

kamu pasti pernah merasai detik2 hati yg muncul bilamasa bilamana yang disusunnya buatmu. sungguh rasa disayangi Allah...dan bahawasanya diri ini mengambil mengguna nikmat2Nya, ujian juga nikmat, namun sedikit benar yang kita beri, yang kita kembalikan, bersyukur-selalu leka, pabila gembira amat atau sedih amat baharulah diri mengingatiNya, waktu2 biasa? semasa bangun tidur? makan? pergi pasar? lecture hall?

konsep mudah. give and take. kanak-kanak kecil juga sudah faham konsep ini.
mengapa yang akalnya sudah matang selalu lupa. 

because of the world's temptation.

ya Allah. selamatkan kami dari mainan dunia. hanya akhirat jua kekal abadi. redhaMu. syurgaMu. kami cukup mahu. tetapi sebelum itu, ujian,dugaan, cabaran, masalah harus ditempuh, kerana jalan ahli syurga itu jalan payah, beronak, berduri, tidak selesa, payah...

mencari2 ayat ttg mainan dunia dalam tafsir quran untuk berkongsi dengan kamu2 yg membaca sekarang, buka sahaja al-quran,tangan berhenti di mukasurat yang aku belum lihat,bila dibaca,ia tentang peringatan Allah tentang dunia! meremang sebentar. aku belum pernah berhenti di mukasurat itu, apatah lagi membacanya. tanda Allah mahu membantu memberitahu kepada aku dan kamu tentang ini dan mahu kita meneliti quran dan tafsirnya dengan lebih lagi-lihat di bawah.

nah ini ayat-ayatnya

"sekali-kali janganlah kamu demikian. sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai dunia. dan meninggalkan (kehidupan) akhirat." (surah al-qiyamah, ayat 20 dan 21).

jadi mari mencintai akhirat. dan bekerja bersungguh2 di dunia. memang payah namun jalan ahli syurga bukankah begitu? Allah tunjukkan pada malam ini. saat ini. jangan cintakan dunia. jangan tinggalkan akhirat. tiada alasan lagi.

alhamdulillah. wassalam. barakallah buat semua.

No comments: