Saturday, February 26, 2011

spill

salah satu lokasi di mana impian terlukis bernada.

oh pohon kelapa itu tiada berbuah

siput

bayu berdesir halus
menyanyi-nyanyi riang
si pohon ru dan kelapa
memayungi menjadi peneduh
ombak dan pantai bersapa-sapa
berdebur lembut
kadangkala berisyarat tegas
berpijak di hamparan baldu
pasir basah kering semula
berulang kali
tinggal khazanah 
penyegar hati anak2 
serta di sekitaran mereka
alhamdulillah

imaginasi penulis.lol.

Friday, February 25, 2011

khas buat ameerah diana

walau tampak sejalur tak terjangkau lama (lepas skola sy lesap trus)
kamu dekat
walau berpuluh rutin memaksa di pundak (kita busy gila)
kamu juga dekat
walau di realitinya wajah hanya di minda (sentiasa ingat momen kita ber'curhat)
dekat tetap dekat
di alam maya nafasmu ada
di realiti - ruang hati ukhwah berikat buku sila

aku mengembara ke blog kamu
begitu juga kamu ke saya

ya, Allah lebih dekat
dan sahabat sejati sentiasa mendekat
untuk membawa sahabat lain dekat dengan Allah

cheers,

ukhwah fillah




kamu panggil saya ini:
panggilan itu lekat hingga kini rupanya ;P

tat-tat-rat-tat-tat

a split taste of wonder
strolling inside the garden of pure joy
mimicking the sudden breeze
sweet scent, sweet melody
dancing grasses, breathing meadow
crisp weather thus reveals a secret
for a soothing lullaby?
Allah's gift for all
enjoy.

my generous attempt. please love it -lol.

jejak satu jejak seribu


tinta kalam terhenti menari
titis dakwat menitis rugi
ke mana melayang bayang refleksi
berdebu lembaran berinci-inci
mari kembali tarian 
marilah
bermula dari alif ba..
harta tidak tertukar.



Sunday, February 20, 2011

bisa

menerima semua yang diungkapkan buat diri
menerima panah2 pandangan yang tiada ekspresi
jika deria lihatmu telah kabur saat minit jam sewaktu tadi
berhujanlah berpanaslah
kerana Ilahi sentiasa di sisi
biar kecil tapak tangan
biar nyiru tiada berguna lagi
akan bangkit dengan melodi yang cukup asing
tetap tumbuh walau terhindar oleh bayang si talang menjulang

a sobriquet of the insignificance



sometimes it's hard to believe
of what i've been scribbling for years
stitches of memories
collectibles in the form of words
and layers of significant insights
which always remind me to:
relate everything to Allah
so that the creation of me and you and you and you and you and you and you and you...(cont.)
is to end being happy
in the best place to be
most most importantly -not fiery

Saturday, February 19, 2011

hijau

pohon itu mahu subur
sejak saat ia tumbuh mendongak ke suria
namun pohon itu sentiasa dipatahkan daunnya
dicengkam rakus akarnya
disiat-siat batangnya
tidak tersiram oleh si empunya tanah
betapa pohon itu sentiasa berdoa
sentiasa berusaha menahan semuanya
menjangkau setiap titis air yang diturunkan Pencipta
mengubat luka-luka
menumbuhkan pucuk-pucuk muda
menghunjam akar lebih jauh ke dalam tanah
supaya ia subur semula
supaya ia berjasa
menghasil buah semanis rutab
supaya ia berjumpa akan syurga

pohon itu adalah aku dan semua muslim.




sumber imej: http://farm3.static.flickr.com/2763/4437280264_192e95f9c6.jpg

desis



dingin salju
putih susu
damai bayu
melerai segala pandangan rohani
yang betah menghasut pedih bicara
harga memburu syurga
tetap menuntut sabar
diam


p/s (sumber imej): http://www.mooseyscountrygarden.com/shrubs/lavender.jpg