Saturday, February 19, 2011

hijau

pohon itu mahu subur
sejak saat ia tumbuh mendongak ke suria
namun pohon itu sentiasa dipatahkan daunnya
dicengkam rakus akarnya
disiat-siat batangnya
tidak tersiram oleh si empunya tanah
betapa pohon itu sentiasa berdoa
sentiasa berusaha menahan semuanya
menjangkau setiap titis air yang diturunkan Pencipta
mengubat luka-luka
menumbuhkan pucuk-pucuk muda
menghunjam akar lebih jauh ke dalam tanah
supaya ia subur semula
supaya ia berjasa
menghasil buah semanis rutab
supaya ia berjumpa akan syurga

pohon itu adalah aku dan semua muslim.




sumber imej: http://farm3.static.flickr.com/2763/4437280264_192e95f9c6.jpg

No comments: