Sunday, July 31, 2011

impromptu

Sedang duduk-duduk berteleku. Sejalur cahaya mentari senja menyusup di celahan ruang jendela kamar. Warna indah berbalam-balam sedikit. Fikiran menyimpulkan bahawa ruangan ini amat perlu akan khidmat vakum. Sekilas penglihatan tertancap ke arah ini:


"amondo ni jang?" (loghat negeri sembilan) 

Maksudnya "apakah benda ini?"


Inilah biskut ScotchFinger. Berharga 89sen. Boleh dapatkannya dari Woolworth. Rasanya lemak manis. Enak dihidang bersama teh panas.

Ok sat sat. Kembali pada mood sasterawati.

Nampakkah kamu semuanya label 'best before' itu?
"tak sangka, biskut ada expired date, manusia pun ada jugak..."

Manusia expired bila ajalnya tiba.

Sentap lagi. Tetapi sentap sahaja tiada cukupnya, harus bangkit dan bergerak menjadi muslim super, yang disayangi Allah.

Selamat berpuasa semua.

1 comment:

Fazzira said...

selamat berpuasa dina.. :)


p/s: sama2 tingkatkan amal Ramadhan tahun nie, jd lbh baik dr Ramadhan tahun lps...mana tau expired date kita seblm Ramadhan tahun depan..