kata hati.
melakar di lembaran maya ini,
bukanlah ritual,
hanya mengikut irama refleksi,
manipulasi akal kurniaan Allahu rabbi,
serta-
jika diselami Al-Huda,
sedalam lapisan kerak dunia,
sungguh,
'kan terkesan,
basah mata, basah jiwa,
subur bersimbah cahaya.
~instinct. Allah leads my life. Alhamdulillah.
Friday, October 15, 2010
Wednesday, October 13, 2010
buat palestina
hari baru bermula.
kanak - kanak itu, melihat ke langit.
lantas hati kecilnya berbisik,
"indahnya langit, aku mahu terbang menyentuh awan".
dalam langkah lemah ke kawasan permainan,
perut si kecil berbunyi kuat. pedih.
hatinya berbisik lagi,
"diamlah wahai perut, aku akan mengisimu dengan makanan lazat,"
perjalanan masih diteruskan, matanya menangkap kejadian sedih,
menangis terduduk si kecil, lalu berdoa'
"di mana bantuan, Allah bantu kami"
desis hatinya, tangan tinggi menggapai udara.

Tuesday, October 12, 2010
bermula dari cebis-cebis mimpi.
sehari sebelum walimah
sewaktu aku kecil, aku sering mengikut emak atau nenek ke gotong - royong walimah di sekitar kampung. suasananya cukup nostalgik. berjalan atau membonceng motor ke destinasi. orang - orang dewasa punya tujuan membantu tuan rumah walimah, kami kanak - kanak hendak berjumpa dengan rakan - rakan dan - bermain. kejar - mengejar, sembunyi - sembunyi, polis sentri, doktor - doktor, kau namakan ia (you-name-it) kata orang putih.
masih ku ingat bau harum hasil kupasan bahan tumisan -bawang, halia, rempah ratus berwarna - warni serta sayur-sayuran yang siap dibersihkan dan dibasuh, ayam yang sedang dan telah digoreng (jika kami bernasib baik akan mendapat ayam barang seketul dua), daging lembu segar dilapah kaum lelaki. dan bau bedak bayi yang datang dari ibu - ibu yang membawa anak kecil berdukung kemas. terlekat di mindaku juga suara masyarakat kampung bercerita sesama mereka sambil bergelak ketawa. yang perempuan dengan kaum perempuan di bahagian mereka, begitu juga dengan kaum lelaki. mesra. waktu ini jugalah tiang khemah mula dipasak di bumi. pemuda-pemuda mengemaskan pinggan, mangkuk, sudu, gelas, jag serta peralatan untuk esok hari. di dalam rumah anak - anak dara serta wanita - wanita kreatif mula menggunakan bakat masing - masing meletakkan gam ke telur untuk dilekat pada kuntuman bunga bersama batang buluh halus. ada yang mengemaskan hantaran. biasanya aku menjenguk dari luar sahaja kerana biasanya rumah empunya majlis walimah akan menjadi padat dengan manusia - yang mempunyai seribu satu macam tugas, betapa aku mahukan hantaran berupa gula - gula, coklat, buah - buahan dan kuih - muih itu untuk dimakan dengan gembira. rupa cantik, warna menarik, rasa-pasti sedap. aku cukup ingat itu. di masa itu juga, ramai yang mengamalkan menanam ais di dalam tanah untuk mengekalkan bentuknya, (blok ais berbentuk segiempat tepat) supaya boleh digunakan masa kenduri nanti. ais diletakkan dalam lubang seperti liang lahad tetapi kecil, dikambus dan dikorek semula apabiola ia diperlukan.
dan kami anak-anak kecil- di waktu inilah masa bertemu dengan rakan-rakan lama (yang tinggal berjiran di kampung) dan yang baru (saudara-mara jauh si bakal pengantin atau tuan rumah majlis walimah). bermain dengan bersungguh - sungguh seolah sudah kenal lama. apabila letih ya-kamilah tukang menghabiskan teh dan biskut yang disediakan tuan rumah, bukan calang-calang rasa, cukup enak. harum baunya, mengenyangkan pula. apabila tenaga sudah kembali, permainan akan bermula semula. keadaan menjadi lebih seronok apabila alam kehujanan, dalam rintik-rintik itulah kami berkejaran di hadapan rumah empunya majlis walimah, walau basah walau kotor walau sejuk, semuanya tetap gembira. kerana habuan biskut kering bersama teh panas akan menyusul... rindu sungguh aku. pada suasana. pada masyarakatnya, pada teh panas dan biskut dan ya, pada keluarga.
*kadangkala hidangan biskut dan teh panas ditambah dengan hidangan bubur kacang...
ibrahnya: 1. silaturahim harus sentiasa dijaga supaya kesatuan umat terpelihara (macam tema sambutan ma'al hijrah)
2. untuk majlis nikah aku - mahu gotong - royong, bukan katering.

Monday, October 11, 2010
duhai hati
kala hina dunia meracunimu
kala serpihan bicara otot lidah menghirismu
kala sunyi kilat hujan panas bersendiri
kala itu kasih Dia melindungimu
tangisi dalam tiada cahaya
tangisi dalam adanya cahaya
duhai hati kuatlah
sembunyikan jiwa besar
tembusilah jasad akan aura pemusnah
sedetik degup hilang
hati berdebat nanti

Saturday, October 09, 2010
waiting for the maghrib prayer time.
it's gloomy
a peer through the window
the pane is dusty
scattered seashells
free soul
red ribbon
watch and chain
unique seeds
dead flowers
cactus
listen now
listen now
listen
the wind sings a lullaby
swaying those branches gently
tickling cold air
empties the pathway
nope-nobody in sight
lights on
click and off
it's gloomy
a peer through the window
the pane is dusty
scattered seashells
free soul
red ribbon
watch and chain
unique seeds
dead flowers
cactus
listen now
listen now
listen
the wind sings a lullaby
swaying those branches gently
tickling cold air
empties the pathway
nope-nobody in sight
lights on
click and off
Tuesday, October 05, 2010
bungkam
hening tirai malam
muqaddimah subuh
dingin amat hawa
sebening suasana
kabus melitupi menjauh
muqaddimah subuh
dingin amat hawa
sebening suasana
kabus melitupi menjauh
memanjat mentari menggapai alam
berhati-hati tingkahnya
haba serta silau menyentuh semua
jiwa bungkam, jiwa rindu
menyambut kelahiran pagi yang bayi
sayugia berawal-awalan
.
Allah, bangunkan hamba~
berdiri teguh bersama mereka
membina as-saff di jalanMu
amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)