Tuesday, May 24, 2011

tembus


"setiap orang menyangka bahawa maut akan menimpa orang lain, bukannya diri dia sendiri, sedangkan manusia mengetahui bahawa dunia akan meninggalkannya dan begitulah juga sebaliknya." (Ali At-Thontowi, penulis buku 'Islam Yang Mesti Difahami')


ouch.


jom mempersiapkan diri.
salah satu cara adalah dengan mencari ilmu.


Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang baik, maka Allah menggerakkan ia belajar ilmu agama sampai
pandai." (HR Bukhari).



menyertai halaqah2, bertanya yang arif dah thiqah (boleh dipercayai).
kemudian mengamalkan ilmu2 yang dipelajari.
untuk menghasilkan taqwa. kerana amal buah iman. amal membuktikan iman. amal itulah taqwa.
kan Allah kata "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa." 


jom berjuang mempersiapkan diri? 

Monday, May 23, 2011

gula-gula dalam dunia

Allah amat2 manis (sweet).

kami bertemu setelah masing2 lama menyimpan rindu.
mencari2 ruang untuk bermesra semula.
menyingkap muka2 belakang masa.
mengikuti segenap inci perkembangan diri masing2.
snantiasa serasa sunyi namun masih memilih untuk menyepi.

sepi bukan?                                          

dan semuanya disulam tertib dari kejauhan.
doa.
kata2 indah.
jauuuuuuh amat.
kedua2nya memegang utuh ini:


Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

aku terlalu mahu dia melangkah di jalan ahli2 syurga.
nah.
Alhamdulillah.
bersujud syukurlah hamba2Nya.
ditautkan semula hati-hati ini.
lebih untung sekali mengorak tapak di jalan cinta Ilahi.
disuburkan semula kasih cinta yang tersimpan sekian lama.

Nur Izzatul Husna.

uhibbuki fillah. i admitted my love for you today, because Allah asks us to :D

Thursday, May 19, 2011

menyelami unsur rasa

hey hey mata kucin hey teringinnn...

pernahkah anda tersenyum sendiri?
sedang2 berdiri, menguis-nguis kaki di jalanan menunggu bas
atau sekadar sedang berbuat sesuatu
memasak misalnya, setidak pun ketika membaca  sesuatu,
ketika mengunyah rezeki buat alas perut,
kemudian lintasan hati berlaku 
dan anda sedang senyum. sendirian.
kemudian menggeleng kepala secepatnya
khuatir dilihat individu sekeliling
namun tahu di hati anda2 ada rasa bahagia 
mungkin anda teringat telatah sahabat2
atau peristiwa2 lucu
atau kenangan indah
atau nikmat yang Allah sentiasa beri
lagi dan lagi
cuba fikirkan

lantas setelah itu rasa indah hilang ditelan angin
perasaan bahagia sebentar cuma
kerana ia melintas dengan tiba-tiba
justeru anda menyambung semula fokus...

pernahkah anda merasainya?
(panjang soalan kau dikkk~haha)

jawapan aku ya.

aku bukan bicara tentang cinta manusia
aku sedang bicara tentang nikmat Allah

sekecil2 lintasan hati
yang buat kau aku tersenyum
bukankah ia salah satu nikmat?
lantas kita rasa bahagia
walau sejenak
kau hargai rasa itu bukan?
kau mahu ia muncul lagi bukan?
Allah memberinya.
kerana Allah itu
Ar-Rahman (Maha Pengasih)
Ar-Rahiim (Maha Penyayang)

justeru mari memperbaiki hubungan denganNya
supaya mendapat bahagia

nuuun di syurga sana. serta diredhaiNya
(sapa xmau weyyy)

subhanAllah. ehm, snorkelling cambest kan? nak cuba!


Tuesday, May 17, 2011

konkrit jiwa

hari tiada kuliah
menjengah ke kota
sesak dalam hiruk-pikuk dunia
namun ada damai menguis hati
mengingati tadabbur tadi

p/s: rujukan hanya dtg dari tafsir dan notes tambahan dalam al-quran milik sy. pastu sy tadabbur kaitkan dengan diri dan apa pengetahuan yang ada inshaAllah. jika ada kesilapan atau keraguan sila beritahu ya :D


mari lihat surah Al-Isra' (ayat 78 - 84)

tajuk untuk tafsir ayat 78 hingga 84 : petunjuk-petunjuk Allah dalam menghadapi kesulitan/tentangan


ayat 78 - "dirikanlah solat sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh malaikat"

(dalam notes ayat nie, ia menerangkan tentang kelima-lima waktu solat fardhu. kita belajar mase kecik2 dulu kan gelincir matahari untuk waktu zohor dan asar manakala tentang waktu gelap malam adalah untuk waktu maghrib, isyak dan subuh. tentang kekuatan, kan solat itu pencegah perbuatan keji dan mungkar, jadi jagalah solat supaya dapt mencegah diri dari membuat maksiat sekaligus menjaga hati/jiwa supaya kuat melawan hawa nafsu dan tentangan especially nafsu ke arah hal-hal duniawi, dan solatkan medium komunikasi dengan Allah, mentautkan semula hubungan denganNya, jadi harus sangattt jaga. ada nasihat dari bacaan majalah solusi - tahap iman seseorang bergantung kepada kekuatan individu itu melawan hawa nafsu, so jaga solat utk tingkatkan iman dan lawan terus menerus hawa nafsu kita yeargh!)

ayat 79 - "dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji"

(Allah juga terangkan kepentingan tahajjud supaya dapat membaiki serta rapatkan semula hubungan dengan Allah supaya kebergantungan itu kekal utuh, baru dapat kekuatan nak menghadapi apa shj dugaan di dunia, sama mcm huraian di atas)

ayat 80 - "Dan katakanlah: 'Ya Tuhan-ku,masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong"

(dalam notes tambahan utk tafsir quran nie, ayat ini adalah berkaitan tentang memohon kepada Allah supaya kita memasuki suatu ibadah dan selesai daripadanya dengan niat yang baikdan penuh keikhlasan, jauh dari riak dan dari sesuatu yang merosakkan pahala. ttg sifat ikhlas dlm beribadah. ayat ini juga tg Allah mengisyaratkan nabi ntuk berhijrah dari Mekah ke Madinah. juga lg satu note- ayat ini ttg memohon kpd Allah supaya kita memasuki kubur dengan baik dan keluar pada hari kebangkitan dengan baik)





ayat 81 - "Dan katakanlah 'Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap'. sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap"

(ayat nie untuk sentiasa motivate diri melawan syaitan yang sentiasa mengajak ke arah kebatilan.syaitan kan nak cari geng masuk neraka sama2 dengan dia...)

ayat 82 - "dan kami turunkan Al-Quran sebagai sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-quran tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian"

(jom rasa yang Quran milik kita sekarang nie,dalam simpanan kita, yang kita beli ke,orang bagi ke, Quran mase kecik guna samapai sekarang ke---- kalo ada depan mata cuba pegang (amik wuduk if xde tafsir) dan peluk, cuba rasa yang Allah memang tujukan ayat nie dan semuaaaa ayat pun untuk kita, cepat amik Quran kamu kamu kamu kamu...)

ayat 83 - "dan apabila kami memberikan kesenangan pada manusia nescaya berpalinglah dia dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nicaya dia berputus asa"

(nasihat untuk diri, yang kadang kala lalai leka rasa nikmat dunia indahhhhhh sangat, sampai lupa tentang ibadah-ibadah yang sepatutnya dilakukan untuk membuktikan iman (taqwa)"





ayat 84 - "katakanlah 'tiap-tiap orang berbuat menurut keadaanya (tabiat dan pengaruh persekitarannya) masing - masing'.maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar"

(Allah faham kita. Allah tahu apa jadi kat kita, apa kita fikir, apa dalam hati, persekitaran---xkisahla di uni ke, rumah ke, bersiap nak pegi keje ke, ape sahaja konteks, semua lahhh, saya mahu kaitkan dengan konsep Ihsan dalam hadis Nabi. maksudnya- Ihsan ialah beribadah seolah-olah kita melihat Allah ataupun merasakan Allah melihat kita. Oleh itu ihsan nie membuatkan kita melakukan amal ibadah serta kerja dengan sehabis baik sebab kita sedang rasa yang Allah melihat kita)


jadi sudah tahu kan?  :) mari buat inshaAllah.

Wednesday, May 11, 2011

ritma hati sang hamba

tahukah? semalam hari yang penuh dengan dilema,
diri penuh dengan persoalan, juga cubaan untuk mengelus jawapan.
serasa diri seakan kehilangan sesuatu,
tercari-cari namun berderap jua langkah,
dengan harapan moga-moga Allah redha...
melangkah penuh tanda tanya.

hari ini. sekelip mata.
menyelak helaian tipis kalamullah
nekad 'tuk menyelesaikan teka-teki ini
bersarang ampuh di dada
nyata sekali perencah lara

alhamdulillah

mari sangkutkan diri pada tali kebergantungan total padaNya
bernafas dalam bayangan kalamullah
membayar semula nikmat yang kita telah guna

jadi sahabat2
ini ayat surat cinta Allah lagi dan lagi...

kali ini-


"kalau kamu-kamu mahukan kebaikan segera semasa berada di dunia lagi..."


surah Al-Muslimun

"(57)sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (azab) Tuhan mereka, (58)Dan orang2 yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka,(59)Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan  dengan Tuhan mreka (sesuatu apa pun), (60) Dan orang-orang yang memberikan , dengan hati yang takut (kerana mereka tahu bahawa) mereka akan kembali pada Tuhan mereka (ikhlas), (61) mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang bersegera memperolehnya."

*Maksudnya orang2 yang mempunyai sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat-ayat 57,58,59, dan 60 itulah yang bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan kebaikan-kebaikan itu akan diberikan kepada mereka dengan segera sejak di dunia ini.


kata-kata Allah nie. mari menjadi golongan2 ini mari-mari!! :)

Friday, May 06, 2011

erti cinta

duduk-duduk dan melihat ke tingkap
sebentuk ukiran kaca berwarna hitam telus
sebuah kiub rubik. masih belum diselesaikan.
bersama jam sebesar telapak tangan
dan kulit siput 'conch'
di sebelah kacamata tidak berlensa itu
ditemani dua origami bunga teluki merah dan putih
jam pasir berwarna biru muda
dan batu-batu aneka bentuk dari pantai 


semuanya tanda ukhwah fillah dari anda semua...


"Dan Dia menyatukan hati mereka. Sekiranya kamu (Muhammad) menafkahkan kesemua yang di dalam bumi, tentu kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka; tetapi Allah menyatukan antara mereka; sesungguhnya Dia Perkasa, Bijaksana." (8:63)



"Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara." (3:103)


walau siapa pun anda. smapians, ipik-ians, qut-teflians, saudara saudari semuslim lain yang pernah dan akan memberi; walau pemberian bukan secara fizikal, bukan seperti yang ku senaraikan di atas, namun sentuhan hati dari kamu-kamu yang diilhamkan oleh Allah, amat ku syukuri. heart. jazakunallahu khairan katheera.


aku juga mahu menjadi seperti kamu-kamu. supaya aku tergolong dalam golongan mereka ini:


mereka yang menyeru...


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. ( Q.S. An-Nahl : 125 )


“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”(QS. At Taubah[9]: 71).


alhamdulillah.inshaAllah.

Wednesday, May 04, 2011

“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhada' dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim” (Ali Imran : 139-140).

...isu Palestin
...isu Osama
...isu-isu di Malaysia
...isu umat di mana-mana

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

QS. al-Baqarah (2) : 120


Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah, dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu (berjumlah) sedikit, lalu Allah memperbanyak (jumlah) kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.

QS. al-A’raf (7) : 86


Jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada apa yang aku diutus untuk menyampaikannya dan ada (pula) segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah, hingga Allah menetapkan hukumnya di antara kita; dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya..

QS. al-A’raf (7) : 87




sabar. Allah kan suruh sabar

Allah berfirman, Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah: 153)










more at: http://perhatikanlah.wordpress.com/2010/07/23/orang-orang-yahudi-dan-nasrani-tidak-akan-senang-kepadamu-hingga-kamu-mengikuti-milah-mereka/

Monday, May 02, 2011

auditori yang fobia

kepulan asap tipis-tipis
kabur sebentar suasana utama
bau menyenangkan tiada
menerawang tersebar hingga ke beranda
rosak sudah makan malamnya
mesin menggila manusia curiga
refleks bingkas lebih kemampuan
tinggi sukar dicapai ampuh menahan
pijar ke seluruh sendi
sujud syukur pada Ilahi
selamatkan kami semua malam ini

kesimpulan: segala yang terjadi adalah dengan izinNya. bersyukurlah. alhamdulillah.