Thursday, May 19, 2011

menyelami unsur rasa

hey hey mata kucin hey teringinnn...

pernahkah anda tersenyum sendiri?
sedang2 berdiri, menguis-nguis kaki di jalanan menunggu bas
atau sekadar sedang berbuat sesuatu
memasak misalnya, setidak pun ketika membaca  sesuatu,
ketika mengunyah rezeki buat alas perut,
kemudian lintasan hati berlaku 
dan anda sedang senyum. sendirian.
kemudian menggeleng kepala secepatnya
khuatir dilihat individu sekeliling
namun tahu di hati anda2 ada rasa bahagia 
mungkin anda teringat telatah sahabat2
atau peristiwa2 lucu
atau kenangan indah
atau nikmat yang Allah sentiasa beri
lagi dan lagi
cuba fikirkan

lantas setelah itu rasa indah hilang ditelan angin
perasaan bahagia sebentar cuma
kerana ia melintas dengan tiba-tiba
justeru anda menyambung semula fokus...

pernahkah anda merasainya?
(panjang soalan kau dikkk~haha)

jawapan aku ya.

aku bukan bicara tentang cinta manusia
aku sedang bicara tentang nikmat Allah

sekecil2 lintasan hati
yang buat kau aku tersenyum
bukankah ia salah satu nikmat?
lantas kita rasa bahagia
walau sejenak
kau hargai rasa itu bukan?
kau mahu ia muncul lagi bukan?
Allah memberinya.
kerana Allah itu
Ar-Rahman (Maha Pengasih)
Ar-Rahiim (Maha Penyayang)

justeru mari memperbaiki hubungan denganNya
supaya mendapat bahagia

nuuun di syurga sana. serta diredhaiNya
(sapa xmau weyyy)

subhanAllah. ehm, snorkelling cambest kan? nak cuba!


No comments: