assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
teringatkan sesuatu, hendak menarikan pena lusuh di sini-namun hilang ditelan masa sebentar cuma. tidak mengapa, inshaAllah Allah akan kembalikan ingatan itu jika diizinkanNya.
pernah aku dipinta orang berkongsi hasil pembacaan dari sebuah buku. aku belum habis menelaahnya lagi waktu itu. namun desakan demi desakan, kemudian diikuti hujah susulan
"sampaikan walau satu ayat..."
fine. satu ayat? aku pun telah hadam lebih dari itu walau bukan seluruh isinya.
Lalu buku dibuka. Akal mencerna. Hati merasa.
Buku ini ditulis oleh seorang penulis terkenal dari Makkah. berpangkat 'dr'. tulisannya diterjemah dalam belasan bahasa, termasuk dalam bahasa penjajah eropah -untuk senaskhah yang menjadi milikku. dan nama saudara penulis itu - dr muhammad al al hashimi. buku itu kini bersama seorang sahabat dari uni berdekatan. belum kuhabisi lagi. tajuk: 'the ideal muslimah'. segala deskripsi serta penerangan dalam buku ini, dijalin bersama dengan sumber quran dan sunnah yang dikaji dan diamati sumbernya bertahun lama sebelum dicetak dan disebarkan. jika dibaca dan diamalkan isi kandungannya, inshaAllah terhasillah seorang lagi individu muslimah yang dikehendaki islam. amin!
tahukah semua, beliau telah meruntuhkan ideologi jahiliah yang pernah bertapak di fikiranku. kukuh tersemat, jika dibuang selamat. wanita bekerjaya-hendak maju hingga ke tahap mana? kedudukan wanita di mana jika mahu bekerja?
fikiranku dahulu - "oh. wanita harus mengejar tangga kerjaya hingga ke tahap setinggi boleh. selagi tidak melanggar syarak. apa salahnya, jika lelaki mampu, mengapa tidak kami wanita??"
ada sedikit bau 'feminism kan?.betapa berjaya golongan manusia yang membenci agama kita, menyucuk jarum halus ideologi mereka. bahaya. dahulunya aku juga diserang pemikiran barat ini, yang wanita harus sama berdirnya dengan lelaki. kami pelajari tentang 'escalating' err something, yakni wanita juga ada hak untuk menjadi seperti lelaki, menjadi CEO, pemimpin besar seperti presiden dan segala macam hak lagi.
tulisan 'dr pula, mencantas rapat-rapat hujahku - "fahamilah, yang wanita boleh bekerjaya seiring dengan lelaki namun tujuannya bukan untuk berkerjaya semata-mata kerana memberi nafkah bukan tugas wanita. Bukankah itu tugas lelaki supaya nafkah dapat diberi kepada mereka yang berhak. Jelas Allah telah gariskan dan rasulullah terangkan. nun di rumah tugas wanita tetap ada. jika berkerja, masih perlu menjaga kelaziman urusan rumahtangga yang ditetapkan Allah. jika tidak mampu menjalankan tugas bekerja dan hal-hal rumahtangga, fokus tugas utama yakni tetap di rumah, tidaklah disarankan lagi untuk bekerja. biarlah yang lebih bertenaga-lelaki yang menggalas urusan luar rumah (kerja) kerana itu tugas yang Allah gariskan untuk mereka."
semua ini direkod indah di dalam quran, yang aku langsung tidak tahu waktu itu. islam telah cukup sempurna. tiada perlu bergantung pada ideologi lain lagi. kerana ideologi hanya ciptaan manusia, bakal lesap ditelan arus dunia yang bersimpang siur dalam kemunculan ideologi lain yang banyak lagi saban hari.
kita hanya perlu berpegang pada islam. hanya islam. tapi kenapa?
kerana
"Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu" (surah Al-Maaidah, ayat 3).
bermaksud, Allah redha dengan islam, dengan kita menjadi muslim. Allah sempurnakan islam untuk kita amalkan, sebarkan, banggakan. apa lagi yang kita mahukan?
dan aku, pada masa dahulu mengambil kira ideologi picisan? aduh gawat!
Kerana agama islam itu sempurna, kita hanya perlu mengambil semua aspeknya, dan amalkannya. bukan separuh, sepertiga atau berapa pecahan. Zalimlah kita. Allah bagi semua, ambillah semua. Seperti Allah katakan dalam ayat ini
"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (surah al-baqarah, ayat 2)
Jadi, ikut Allah, ikut rasulullah. Syaitan dan pengikut setia-hawa nafsu akan mengambil tempat dalam separuh ruang lagi yang kita tinggalkan jika kita ambil islam separuh cuma, atau sepertiga, seperempat, seper... tanya diri.
Thursday, August 25, 2011
Wednesday, August 24, 2011
bicara sepintas
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semuanya.
hendak dengar cerita? tidak. baca cerita. alkisah seorang wanita. setiap kali ketemu sahabat-sahabatnya, dia mengingat setiap butiran bicara mereka. suatu hari berjalanlah dia, sambil minda penuh dengan kisah-kisah dan koleksi nasihat.
hari yang mendung. kadangkala serasa jaluran angin keras menerpa wajah. "tanda langit bisa menangis," agakan cuma.
si wanita bertapak selangkah maju. jalan penuh dedaunan kering serata-rata, bergeseran seiring pergerakan udara. sesekali kata-kata seseorang menerjah ruang minda.
"iman itu menaik dan menurun," terus dia mengingat seorang sahabat ini, yang berkata sebaris ayat ini sambil menulis sesuatu di sehelai lembaran putih. entah apa. namun dia ingat kata-kata sahabat itu, walau langsung lupa tentang tulisan beliau.
dan si wanita menyelesaikan setapak dua lagi. masih mampu melawan desakan angin dan kelelahan seharian bekerja.
"hati kita, bila diisi dengan dunia, tiada ruang untuk akhirat," ujar seorang sahabat lagi. ya, kata-kata ini didengarinya sewaktu dia mendengar beberapa orang lagi berbincang di sekitarnya. perbincangan terhenti seketika tatkala mereka terlihat dia. senyuman dibalas senyuman. berderai gelak ketawa. lalu diajak bersama menyumbang idea. semoga semuanya Allah redha.
namun, sang wanita dapat merasakan yang langkahnya semakin memberat. seakan mahu berhenti. kadangkala kesejukan mencengkam. mendongak ke atas, mahu memastikan jika telah ada titis-titis air. "langit belum menangis, atau tidak akan buat hari ini. siapa pun tidak tahu. bukan engkau bukan aku. hanya Allah yang Satu, bantulah aku" bicara hati pantas. pohon kekuatan melangkah pulang ke rumah, sambil terngiang-ngiang di telinga kata-kata ini..
"cara penerimaan perasaan sedih, atau gembira atau apa sahaja perasaan kita, bergantung kepada hubungan kita dengan Allah..."
“Maka segeralah kembali kepada Allah.” (Adz-Dzariyat: 50)
walau tidak pasti akan perasaan sendiri ketika itu. si wanita mendapat kesinpulan terhebat. imanmu harus dijaga disirami. isikan hatimu dengan akhirat, lalu kamu pasti manfaatkan dunia. dan sekaligus, menjaga hubunganmu dengan Allah. maka beruntunglah.
“Maka sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syams, 9:10).
Ya, jiwa itu. jiwa kita. milik Allah untuk kita. milik sementara untuk digilap di dunia, supaya di akhirat kelak, membantu ke syurga.
tamat kisah. wanita itu selamat sampai ke destinasinya, beserta refleksi indah dari Allah. Alhamdulillah.

Thursday, August 18, 2011
pena buat islam
Segala dari Allah itu tidak sia-sia.
Hari ini aku diingatkan semula oleh Allah tentang taufiq dan hidayahnya. Betapa kefahaman ini mengetuk-ngetuk benakku supaya berkongsi dengan kamu semua. Sekarang, aku nampak dengan lebih jelas mengapa aku harus beristiqamah menukil zarah-zarah kata di sini.
Lebih penerangan:
Ada manusia yang Allah beri hidayah tanpa taufiq. Contohnya, hendak ke masjid namun tiada kenderaan, hujan lebat sungguh.
Ada pula mendapat taufiq tetapi tidak mendapat hidayah. Tubuh badannya sihat, namun bermalasan.
Aku fahami, menulis belog ini adalah usaha untuk menjadi sebuah 'medium' menerbitkan bibit-bibit kesedaran di dalam diri orang ramai termasuk aku sendiri. Maka, dengan izin Allah dan kasih sayangNya, kita bertapak di jalan yang benar.
Tiada pengakhiran lain yang kita harapkan, melainkan hanya redha Allah dan syurga.
Semoga nanti, apabila berada di mana-mana sekalipun, kita menjadi seorang yang mendoakan diri dan orang lain, supaya Allah sentiasa menjaga kita, melimpahkan taufiq dan hidayahnya buat kita.
"bertutur lidah berulam rasa,
ingati Allah setiap masa,
tukaran jiwa pilihan- syurga"

Hidayah adalah petunjuk daripada ALLAH ke arah perkara kebaikan;
manakala taufiq adalah kesanggupan, kudrat kita untuk melakukan kebaikan.
Lebih penerangan:
Ada manusia yang Allah beri hidayah tanpa taufiq. Contohnya, hendak ke masjid namun tiada kenderaan, hujan lebat sungguh.
Ada pula mendapat taufiq tetapi tidak mendapat hidayah. Tubuh badannya sihat, namun bermalasan.
Aku fahami, menulis belog ini adalah usaha untuk menjadi sebuah 'medium' menerbitkan bibit-bibit kesedaran di dalam diri orang ramai termasuk aku sendiri. Maka, dengan izin Allah dan kasih sayangNya, kita bertapak di jalan yang benar.
Tiada pengakhiran lain yang kita harapkan, melainkan hanya redha Allah dan syurga.
Semoga nanti, apabila berada di mana-mana sekalipun, kita menjadi seorang yang mendoakan diri dan orang lain, supaya Allah sentiasa menjaga kita, melimpahkan taufiq dan hidayahnya buat kita.
"bertutur lidah berulam rasa,
ingati Allah setiap masa,
tukaran jiwa pilihan- syurga"
Wednesday, August 17, 2011
kata-kata dokter
Dr 'Aidh Ibn Abdullah Al-Qarni pernah berbicara dalam penulisannya. "sesungguhnya ada 3 cara untuk membentuk hati supaya mencintai Allah,"
pertama-tama. menjaga ibadah wajib.
ringkas ayat ini. cukup faham. Sebagai contohnya, menjaga solat. Antaranya tidaklah kita bersolat melainkan hanya di awal waktu. Kecuali tatkala cukup2 terdesak. Tika bersolat, perlakukanlah dengan tenang, ikhlas, biar ruh spiritual bacaan yang dilafazkan meresap ke hati. InshaAllah kita tidak menjadi glongan yang rugi, golongan yang lalai di dalam solatnya. Cuba renungi ayat-ayat di bawah:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Kedua. membaca serta bertadabbur (membaca tafsir dan merenungi diri) Al-Quran. membaca dengan tajwid yang betul. meneliti maksud-maksud ayat dan refleksi. Renungi ayat ini pula:
"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" (Surah Muhammad: ayat 24)
Ketiga. Sentiasa berzikir pada Allah.
Ini kerana apabila hati dipenuhi penghayatan zikir, tidaklah dapat syaitan mengambil ruang untuk membisikkan pelan-pelan jahatnya buat menyesatkan kita. Nah,
"Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya.." (Surah Al-Ahzab, ayat 4). Bermaksud, tatkala hati lalai mengingati Allah, pastilah hatinya terisi dengan tuntutan nafsu dan bisikan halus syaitan. Hati tidak boleh terisi dua elemen sekaligus, hanya satu. Allah atau lainnya.
"mekar beritma mengelus qalbi, kerana cintaNya hamba santuni"

Dr. ‘Aid juga mengatakan: “Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan."
Seorang penulis buku juga pernah berkata,
“Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT”. (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran).
Oleh itu, hanya membaca tidak cukup. Haruslah diikuti atau diselangi tadabbur juga.
Ketiga. Sentiasa berzikir pada Allah.
Ini kerana apabila hati dipenuhi penghayatan zikir, tidaklah dapat syaitan mengambil ruang untuk membisikkan pelan-pelan jahatnya buat menyesatkan kita. Nah,
"Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya.." (Surah Al-Ahzab, ayat 4). Bermaksud, tatkala hati lalai mengingati Allah, pastilah hatinya terisi dengan tuntutan nafsu dan bisikan halus syaitan. Hati tidak boleh terisi dua elemen sekaligus, hanya satu. Allah atau lainnya.
Kejar dunia untuk syurga. Isikan ingatan pada Allah.
Oleh itu. Jika mahu cinta, peganglah tiga.
Monday, August 01, 2011
resolution
resolution:
Narrated Abu Huraira(r.a): The Prophet said:"... whoever fasts during Ramadan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards, then all his past sins will be forgiven." (Sahih Al-Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)