Thursday, August 25, 2011

picisan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

teringatkan sesuatu, hendak menarikan pena lusuh di sini-namun hilang ditelan masa sebentar cuma. tidak mengapa, inshaAllah Allah akan kembalikan ingatan itu jika diizinkanNya.


pernah aku dipinta orang berkongsi hasil pembacaan dari sebuah buku. aku belum habis menelaahnya lagi waktu itu. namun desakan demi desakan, kemudian diikuti hujah susulan


"sampaikan walau satu ayat..."


fine. satu ayat? aku pun telah hadam lebih dari itu walau bukan seluruh isinya. 
Lalu buku dibuka. Akal mencerna. Hati merasa.


Buku ini ditulis oleh seorang penulis terkenal dari Makkah. berpangkat 'dr'. tulisannya diterjemah dalam belasan bahasa, termasuk dalam bahasa penjajah eropah -untuk senaskhah yang menjadi milikku. dan nama saudara penulis itu - dr muhammad al al hashimi. buku itu kini bersama seorang sahabat dari uni berdekatan. belum kuhabisi lagi. tajuk: 'the ideal muslimah'. segala deskripsi serta penerangan dalam buku ini, dijalin bersama dengan sumber quran dan sunnah yang dikaji dan diamati sumbernya bertahun lama sebelum dicetak dan disebarkan. jika dibaca dan diamalkan isi kandungannya, inshaAllah terhasillah seorang lagi individu muslimah yang dikehendaki islam. amin!




tahukah semua, beliau telah meruntuhkan ideologi jahiliah yang pernah bertapak di fikiranku. kukuh tersemat, jika dibuang selamat. wanita bekerjaya-hendak maju hingga ke tahap mana? kedudukan wanita di mana jika mahu bekerja?


fikiranku dahulu - "oh. wanita harus mengejar tangga kerjaya hingga ke tahap setinggi boleh. selagi tidak melanggar syarak. apa salahnya, jika lelaki mampu, mengapa tidak kami wanita??" 


ada sedikit bau 'feminism kan?.betapa berjaya golongan manusia yang membenci agama kita, menyucuk jarum halus ideologi mereka. bahaya. dahulunya aku juga diserang pemikiran barat ini, yang wanita harus sama berdirnya dengan lelaki. kami pelajari tentang 'escalating' err something, yakni wanita juga ada hak untuk menjadi seperti lelaki, menjadi CEO, pemimpin besar seperti presiden dan segala macam hak lagi.



tulisan 'dr pula, mencantas rapat-rapat hujahku - "fahamilah, yang wanita boleh bekerjaya seiring dengan lelaki namun tujuannya bukan untuk berkerjaya semata-mata kerana memberi nafkah bukan tugas wanita. Bukankah itu tugas lelaki supaya nafkah dapat diberi kepada mereka yang berhak. Jelas Allah telah gariskan dan rasulullah terangkan. nun di rumah tugas wanita tetap ada. jika berkerja, masih perlu menjaga kelaziman urusan rumahtangga yang ditetapkan Allah. jika tidak mampu menjalankan tugas bekerja dan hal-hal rumahtangga, fokus tugas utama yakni tetap di rumah, tidaklah disarankan lagi untuk bekerja. biarlah yang lebih bertenaga-lelaki yang menggalas urusan luar rumah (kerja) kerana itu tugas yang Allah gariskan untuk mereka."

semua ini direkod indah di dalam quran, yang aku langsung tidak tahu waktu itu. islam telah cukup sempurna. tiada perlu bergantung pada ideologi lain lagi. kerana ideologi hanya ciptaan manusia, bakal lesap ditelan arus dunia yang bersimpang siur dalam kemunculan ideologi lain yang banyak lagi saban hari.

kita hanya perlu berpegang pada islam. hanya islam. tapi kenapa?

kerana


"Pada hari ini, telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku, dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagimu" (surah Al-Maaidah, ayat 3).


bermaksud, Allah redha dengan islam, dengan kita menjadi muslim. Allah sempurnakan islam untuk kita amalkan, sebarkan, banggakan. apa lagi yang kita mahukan?  


dan aku, pada masa dahulu  mengambil kira  ideologi picisan? aduh gawat!


Kerana agama islam itu sempurna, kita hanya perlu mengambil semua aspeknya, dan amalkannya. bukan separuh, sepertiga atau berapa pecahan. Zalimlah kita. Allah bagi semua, ambillah semua. Seperti Allah katakan dalam ayat ini


"wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (surah al-baqarah, ayat 2)


Jadi, ikut Allah, ikut rasulullah. Syaitan dan pengikut setia-hawa nafsu akan mengambil tempat dalam separuh ruang lagi yang kita tinggalkan jika kita ambil islam separuh cuma, atau sepertiga, seperempat, seper... tanya diri.












3 comments:

Unknown said...

Pembuka minda :)

Unknown said...

Pembuka minda :)

insidewinme said...

Ramadhan 584H
Pembebasan Palestina
Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia istirahat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab “Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam”. Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini terjadi pada pertengahan bulan Ramadhan.