Monday, November 21, 2011

flicky

Allah menyusun semua yang terjadi di dunia. Allah perencana hidup kita. Setiap kejadian, nafas, perasaan, fikiran serta perbuatan dicatur Allah. Kembalilah pada Dia di setiap apa yang berlaku pada hidup, kerana Dia yang mengocak hati, lalu Dia juga yang menenangkanNya kembali atas kuasaNya yang Maha Hebat.



seampuh langkah manusia,
bakal melayu longlai tanpa izin Allah,
harusnya petah bicara lidah,
bisa bisu sepejam mata,
usah angkuh menongkah arus,
kerana badai bisa menenggelamimu,
terus bersujud di muka bumi,
moga tinggi darjatmu di langit.

Friday, November 18, 2011

jalan berturap

Assalamualaikum ya ukhti ya akhi ya hamba-hamba Ilahi,

cewaahh

hari ini, ada lagi buku yang mahu dikongsi bersama anda semua. bagus sekali buku ini. ada kisah Juraij, tentang penderhakaan, tentang berbuat baik kepada ibu bapa, tentang harta wasiat, semua itu jika difahami, sebenarnya mengarah kepada tiket ke syurga! Bukan itu sahaja, buku ini ditulis bercerminkan quran dan sunnah! jadi anda berada di jalan yang lurus ada banyak lagi bab2 yang membawa anda mendekatkan diri pada Allah---- bila kandungan-kandungan di dalam buku ini dibaca, dihayati, difahami dan yang paling penting dipraktikkan. sebab Allah suruh berbuat baik pada ibubapa, kalau kita buat, bukankah kita telah 'please' Allah?






klik klik klik

http://hafizfirdaus.com/ebook/PDFeBooks/Wahai_ayahibu.pdf

Friday, November 11, 2011

nawaitu...

Assalamualaikum

selalu kala bermusafiran,
kala makan,
kala berlari di dalam hujan,
menunggu teksi,
berjoging...etc etc

apa yang diniatkan?haaaaa tanya diri tanya tanya. sudah? teruskan bacaan.

ingatkah kalian, kita akan mendapat apa yang kita niatkan. rujuk hadith 1 dari hadith 40 hasil kompilasi (macam album artisss) imam nawawi. pasti kalian ingat. ini sekadar ingatan, timakaseyyy.



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


sedikit penerangannya: jika diniatkan berhijrah seseorang itu adalah untuk berkahwin (duniawi sahaja) maka akan dapatlah ia berkahwin dan faedah duniawi semata, namun jika diniatkan terus kepada Allah atas segala perbuatan, maka ia akan sampai kepada Allah. sekaligus, faedah akhirat akan dapt juga diraih.

kerana itu niat cukup penting. ia mampu mempengaruhi antara proses dan impak perbuatan. maksudnya, jika niat tidak disetkan untuk Allah, untuk terus disampaikan apa sahaja perbuatan kepada Allah, maka dalam proses membuat atau mencapai sesuatu, tidaklah seorang itu berbuat sesuatu yang menyalahi syariat Allah  . malah dilakukan bersungguh-sungguh lagi kerana mahu dihadiahkankan semua itu buat Allah. untuk Allah. bukan untuk sekadar diberi kepada manusia tetapi Allah. malah bila diniatkan untuk Allah secara automatik segala yang kita lakukan menjadi ibadah. lalu takkanlah apa yang disediakan itu, tidak kira perbuatan atau ucapan, akan dibuat sekadar sambil lewa, tidak ikhlas dan melanggar syariat. maka impak yang terpancar dari proses, akan menghasilkan faedah berganda. meraih faedah dunia dan akhirat.

contoh. jika seseorang meniatkan belajar untuk Allah. maka dilakukan semuanya untuk Allah, dengan ikhlas dan bersungguh serta mengikut syariat. lalu impak yang diraih adalah kejayaan di dunia, juga pahala yang dikutip di akhirat. cuba niatnya hanya untuk duniawi, maka dia mendapat hanya kejayaan di dunia, berjaya meraih barisan markah dan gred bagus-bagus, lalu untuk akhirat tinggal apa? dan lebih penting, apa beza seorang muslim itu berniat untuk berjaya untuk dunia-hanya di dunia, dengan orang kafir yang melakukan perkara yang sama?

 bukanlah untuk menuding jari pada sesiapa. sekadar untuk ingatan yang lembut-lembai (gentle reminder) yang niat MAMPU MERUBAH proses dan impak perbuatan serta ucapan kita. niat untuk Allah menjadikan semua yang kita lakukan menjadi ibadah. oleh itu, selain ibadah khusus seperti solat, kita sudah menyiapkan bekalan akhirat dengan ibadah umum, yang diniatkan untuk faedah akhirat kita jua.

ayuh mulakan hari dengan niat!

TIPS untuk biasakan diri memperbaharui niat.

1. mulakan hari dengan bertanya diri "apa yang Allah mahu aku capai hari ini?"
2. mulakan kerjaanmu dengan bacaan bismillah, bila disebut kalimah itu, biasanya hati akan berjaga2 jika perbuatan mendekati perkara menyalahi syariat

sekian

Tuesday, November 08, 2011

kewajiban

Assalamualaikum

ijinkan aku menukil sekelumit bicara sebelum beredar bermusafiran selama 2 hari.



nafsu yang berada di dalam diri, yang meliar meronta mahu menguasai kamu dan aku, sungguh wajib dikawal melalui ibadah-ibadah yang menyucikan hati seperti solat, bacaan al-quran, dzikir, dan berbuat kebaikan. Jika tidak ia akan mengawali diri, menjadikan diri tunggangannya, maka terhasillah manusia yang bertuhankan nafsu. Kerana itulah ia wajib diperangi, kerana nafsu itu bukan Tuhan. Allah adalah tuhan.
dan walhal kitalah tuan kepada nafsu di dalam diri, kita yang berhak menungganginya, menjadikan ia sebagai pendorong mencintai perbuatan mahmudah dan mencontohi akhlak rasul. kata seorang ustaz, jika nafsu itu berjaya dikawal, ditunggangi, ia akan menjadikan kamu seorang yang cintakan kebaikan, suka untuk berbuat baik sekaligus meraih redha Allah...

Sunday, November 06, 2011

Free Talk

Assalamualaikum


bebas.


selalu telinga mendengar cakap-cakap manusia tentang mengejar kebebasan. Mahu bebas. Bebas bagaimana? apa yang menetukan kebebasan anda? bebaskah kita sebenarnya? anda pasti tahu kebanyakan manusia hari ini mendapat kebebasan yang dimahukan, namun bebas mereka secara realitinya langsung tidak membebaskan! mereka hanya terperangkap di dalam lingkungan dunia yang dicipta sendiri, menjadi hamba-hamba kebebasan palsu. lihat 'kebebasan' yang lahir dari jahiliah durjana, angkara pihak yang mahu melenyapkan islam di muka bumi, namun Allah tidak akan membiarkannya, namun begitu jika umat islam sendiri leka, sedikit demi sedikit akan direbahkan umat akhir zaman melalui perhambaan secara halus - lalu orang-orang islam yang terjebak langsung lupa erti kebebasan mutlak yang dikurnia Allah sejak sebelum kelahiran lagi, nauzubillahi min dzalik...


nah. perhambaan secara halus:


hamba perfume/barangan berjenama?
hamba fesyen?
hamba makanan?

hamba duit?
hamba kerjaya?

hamba cinta manusia?
hamba hiburan?

sekarang anda pasti dapat senaraikan lebih dari apa yg telah disenaraikan...kan?



the point is, bila perkara di atas memperhambakan kita, lalu "di mana Allah di hati mu?". Nah, 




"kalian menghendaki harta benda dunia , sedangkan Allah mahukan akhirat untukmu" (surah al-anfal ayat 67)


ayuh letakkan Allah di hatimu, dunia bagaimana??


"tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (surah al-ankabut ayat 64)


tetapi


"dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi" (surah al-qashash, ayat 77).


now act!


because you have the freedom to choose








"bukanlah aku hamba manusia, aku adalah hamba Allah. freedom is mine! Allah is powerful than I"

minta maaf semua:
belog ini selalu dijadikan tempat menumpah hamburan fikiran setelah melalui berbagai acara dimensi duniawi.tidak mengapa kerana akhirnya semua itu menjadi bekalan inshaAllah untuk menghadapi perbicaraan selepas mati. kadangkala fikiran menerawang ketika melihat alam sekeliling, semesta luas terbentang indah di pandangan mata. sayup jauh tidak terfikirkan dek akal terbatas milik manusia kerdil ini.
kadangkala langkah terhenti di sementelahan perjalanan oleh rasa letih, payah dan tertekan. Namun begitu masih Allah sisipkan nikmat hidayah untuk bertapak semula, biarlah gundah biarlah lelah. matlamat jauh nun di sana, iman yang compang-camping itu haruslah dikikis karat yang menghalang hati dari merangkul cahaya Allah...harus. mesti!





mahu syurga. mahu. mahu syurga.




Whenever confronted with a difficult situation


Please recite this dua


اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa 'anta taj-alul hazna idha shi'ta sahla


O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will





amin.