Tuesday, November 08, 2011

kewajiban

Assalamualaikum

ijinkan aku menukil sekelumit bicara sebelum beredar bermusafiran selama 2 hari.



nafsu yang berada di dalam diri, yang meliar meronta mahu menguasai kamu dan aku, sungguh wajib dikawal melalui ibadah-ibadah yang menyucikan hati seperti solat, bacaan al-quran, dzikir, dan berbuat kebaikan. Jika tidak ia akan mengawali diri, menjadikan diri tunggangannya, maka terhasillah manusia yang bertuhankan nafsu. Kerana itulah ia wajib diperangi, kerana nafsu itu bukan Tuhan. Allah adalah tuhan.
dan walhal kitalah tuan kepada nafsu di dalam diri, kita yang berhak menungganginya, menjadikan ia sebagai pendorong mencintai perbuatan mahmudah dan mencontohi akhlak rasul. kata seorang ustaz, jika nafsu itu berjaya dikawal, ditunggangi, ia akan menjadikan kamu seorang yang cintakan kebaikan, suka untuk berbuat baik sekaligus meraih redha Allah...

No comments: