Friday, November 11, 2011

nawaitu...

Assalamualaikum

selalu kala bermusafiran,
kala makan,
kala berlari di dalam hujan,
menunggu teksi,
berjoging...etc etc

apa yang diniatkan?haaaaa tanya diri tanya tanya. sudah? teruskan bacaan.

ingatkah kalian, kita akan mendapat apa yang kita niatkan. rujuk hadith 1 dari hadith 40 hasil kompilasi (macam album artisss) imam nawawi. pasti kalian ingat. ini sekadar ingatan, timakaseyyy.



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


sedikit penerangannya: jika diniatkan berhijrah seseorang itu adalah untuk berkahwin (duniawi sahaja) maka akan dapatlah ia berkahwin dan faedah duniawi semata, namun jika diniatkan terus kepada Allah atas segala perbuatan, maka ia akan sampai kepada Allah. sekaligus, faedah akhirat akan dapt juga diraih.

kerana itu niat cukup penting. ia mampu mempengaruhi antara proses dan impak perbuatan. maksudnya, jika niat tidak disetkan untuk Allah, untuk terus disampaikan apa sahaja perbuatan kepada Allah, maka dalam proses membuat atau mencapai sesuatu, tidaklah seorang itu berbuat sesuatu yang menyalahi syariat Allah  . malah dilakukan bersungguh-sungguh lagi kerana mahu dihadiahkankan semua itu buat Allah. untuk Allah. bukan untuk sekadar diberi kepada manusia tetapi Allah. malah bila diniatkan untuk Allah secara automatik segala yang kita lakukan menjadi ibadah. lalu takkanlah apa yang disediakan itu, tidak kira perbuatan atau ucapan, akan dibuat sekadar sambil lewa, tidak ikhlas dan melanggar syariat. maka impak yang terpancar dari proses, akan menghasilkan faedah berganda. meraih faedah dunia dan akhirat.

contoh. jika seseorang meniatkan belajar untuk Allah. maka dilakukan semuanya untuk Allah, dengan ikhlas dan bersungguh serta mengikut syariat. lalu impak yang diraih adalah kejayaan di dunia, juga pahala yang dikutip di akhirat. cuba niatnya hanya untuk duniawi, maka dia mendapat hanya kejayaan di dunia, berjaya meraih barisan markah dan gred bagus-bagus, lalu untuk akhirat tinggal apa? dan lebih penting, apa beza seorang muslim itu berniat untuk berjaya untuk dunia-hanya di dunia, dengan orang kafir yang melakukan perkara yang sama?

 bukanlah untuk menuding jari pada sesiapa. sekadar untuk ingatan yang lembut-lembai (gentle reminder) yang niat MAMPU MERUBAH proses dan impak perbuatan serta ucapan kita. niat untuk Allah menjadikan semua yang kita lakukan menjadi ibadah. oleh itu, selain ibadah khusus seperti solat, kita sudah menyiapkan bekalan akhirat dengan ibadah umum, yang diniatkan untuk faedah akhirat kita jua.

ayuh mulakan hari dengan niat!

TIPS untuk biasakan diri memperbaharui niat.

1. mulakan hari dengan bertanya diri "apa yang Allah mahu aku capai hari ini?"
2. mulakan kerjaanmu dengan bacaan bismillah, bila disebut kalimah itu, biasanya hati akan berjaga2 jika perbuatan mendekati perkara menyalahi syariat

sekian

1 comment:

Anonymous said...

time taceh donat yg lembut :)