bebas.
selalu telinga mendengar cakap-cakap manusia tentang mengejar kebebasan. Mahu bebas. Bebas bagaimana? apa yang menetukan kebebasan anda? bebaskah kita sebenarnya? anda pasti tahu kebanyakan manusia hari ini mendapat kebebasan yang dimahukan, namun bebas mereka secara realitinya langsung tidak membebaskan! mereka hanya terperangkap di dalam lingkungan dunia yang dicipta sendiri, menjadi hamba-hamba kebebasan palsu. lihat 'kebebasan' yang lahir dari jahiliah durjana, angkara pihak yang mahu melenyapkan islam di muka bumi, namun Allah tidak akan membiarkannya, namun begitu jika umat islam sendiri leka, sedikit demi sedikit akan direbahkan umat akhir zaman melalui perhambaan secara halus - lalu orang-orang islam yang terjebak langsung lupa erti kebebasan mutlak yang dikurnia Allah sejak sebelum kelahiran lagi, nauzubillahi min dzalik...
nah. perhambaan secara halus:
hamba perfume/barangan berjenama?
hamba fesyen?
hamba makanan?
hamba duit?
hamba kerjaya?
hamba cinta manusia?
hamba hiburan?
sekarang anda pasti dapat senaraikan lebih dari apa yg telah disenaraikan...kan?
the point is, bila perkara di atas memperhambakan kita, lalu "di mana Allah di hati mu?". Nah,
"kalian menghendaki harta benda dunia , sedangkan Allah mahukan akhirat untukmu" (surah al-anfal ayat 67)
ayuh letakkan Allah di hatimu, dunia bagaimana??
"tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main, dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (surah al-ankabut ayat 64)
tetapi
"dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi" (surah al-qashash, ayat 77).
now act!
because you have the freedom to choose
"bukanlah aku hamba manusia, aku adalah hamba Allah. freedom is mine! Allah is powerful than I"
minta maaf semua:belog ini selalu dijadikan tempat menumpah hamburan fikiran setelah melalui berbagai acara dimensi duniawi.tidak mengapa kerana akhirnya semua itu menjadi bekalan inshaAllah untuk menghadapi perbicaraan selepas mati. kadangkala fikiran menerawang ketika melihat alam sekeliling, semesta luas terbentang indah di pandangan mata. sayup jauh tidak terfikirkan dek akal terbatas milik manusia kerdil ini.
kadangkala langkah terhenti di sementelahan perjalanan oleh rasa letih, payah dan tertekan. Namun begitu masih Allah sisipkan nikmat hidayah untuk bertapak semula, biarlah gundah biarlah lelah. matlamat jauh nun di sana, iman yang compang-camping itu haruslah dikikis karat yang menghalang hati dari merangkul cahaya Allah...harus. mesti!
mahu syurga. mahu. mahu syurga.
Whenever confronted with a difficult situation
Please recite this dua
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa 'anta taj-alul hazna idha shi'ta sahla
O Allah! There is nothing easy except what You make easy, and You make the difficult easy if it be Your Will
amin.
No comments:
Post a Comment