Wednesday, August 17, 2011

kata-kata dokter

Dr 'Aidh Ibn Abdullah Al-Qarni pernah berbicara dalam penulisannya. "sesungguhnya ada 3 cara untuk membentuk hati supaya mencintai Allah,"


pertama-tama. menjaga ibadah wajib. 


ringkas ayat ini. cukup faham. Sebagai contohnya, menjaga solat. Antaranya tidaklah kita bersolat melainkan hanya di awal waktu. Kecuali tatkala cukup2 terdesak. Tika bersolat, perlakukanlah dengan tenang, ikhlas, biar ruh spiritual bacaan yang dilafazkan meresap ke hati. InshaAllah kita tidak menjadi glongan yang rugi, golongan yang lalai di dalam solatnya. Cuba renungi ayat-ayat di bawah:


"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]


"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].


Kedua. membaca serta bertadabbur (membaca tafsir dan merenungi diri) Al-Quran. membaca dengan tajwid yang betul. meneliti maksud-maksud ayat dan refleksi. Renungi ayat ini pula:


"(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?" (Surah Muhammad: ayat 24)

Dr. ‘Aid juga mengatakan: “Seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya kerana tadabbur merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tadabbur melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam hati dan memberikan ruang dan dapatan ilmu kepada manusia tentang ketauhidan."
Seorang penulis buku juga pernah berkata,
“Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah SWT akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap untaian kalam Allah SWT”. (Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran).
Oleh itu, hanya membaca tidak cukup. Haruslah diikuti atau diselangi tadabbur juga.


Ketiga. Sentiasa berzikir pada Allah. 
Ini kerana apabila hati dipenuhi penghayatan zikir, tidaklah dapat syaitan mengambil ruang untuk membisikkan pelan-pelan jahatnya buat menyesatkan kita. Nah, 
"Allah tidak sekali-kali menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongga dadanya.." (Surah Al-Ahzab, ayat 4). Bermaksud, tatkala hati lalai mengingati Allah, pastilah hatinya terisi dengan tuntutan nafsu dan bisikan halus syaitan. Hati tidak boleh terisi dua elemen sekaligus, hanya satu. Allah atau lainnya.



Kejar dunia untuk syurga. Isikan ingatan pada Allah.


Oleh itu. Jika mahu cinta, peganglah tiga.

"mekar beritma mengelus qalbi, kerana cintaNya hamba santuni"

1 comment:

Anonymous said...

salam ramadhan kareem ;)
tq for this post.
salu tgk tafsir pilih2 surah atau ayat je.haish.tk care.