Saturday, June 19, 2010

lorong cerah

lorong cerah di bandar asing. bukan bumi tumpah darah ini.

aku berjalan2 di lorong itu. ia penuh dengan deretan kedai2 menjual barangan mewah, barangan yang aku mampu lihat hanya dari luar dinding kaca jernih, pameran2 indah, dengan pencahayaan serba ekslusif, dan ya, aku hanya mampu membeli-belah tingkap sahaja...(window shopping).

...dan di celahan orang ramai aku terlihat akan seorang insan ini, lelaki, sudah berumur, usianya lebih kurang usia abahku dan dia sedang membetulkan kedudukan sebuah tangga besi, tangan kanannya menggenggam erat sebatang pembersih tingkap manakala tangan kirinya sibuk bekerja mencari kedudukan strategik untuk memulakan tugas. ingat lagi tentang perenggan pertama bila aku sebut tentang dinding kaca jernih? ya, itu hasil kerja pakcik ini, cukup teliti meyebabkan aku dapat melihat terus ke dalam setiap kedai dan menceritakan tentangnya kepada engkau semua.


dan waktu itu keadaan seolah2 mengikut rentak pemikiran aku. pergerakan  aku dan pakcik itu masih normal tetapi pergerakan manusia serta persekitaran seolah2 dipengaruhi ruang masa yang memperlahankan segala2nya dengan tiba2.

okay tentang pakcik ini. adakah engkau semua selalu percaya kepada kata hati? atau gerak hati? aku selalu percaya kerana aku yakin ia adalah ilham dari Allah. entah mengapa hati aku mengatakan pakcik ini seorang muslim. entah mengapa. dari cara dia berpakaian cukup biasa, seperti orang2 lain juga. berkemeja, berseluar panjang hitam, dan ya, ada jam Rolex berwarna emas di tangan kanannya. (ada sejarah bagaimana aku cukup pasti jam itu berjenama Rolex).

bersama gerak hati,aku melintasi pakcik itu sambil mengukir senyuman buat menghargai kudrat yang dia curahkan untuk masyarakat sekeliling serta aku...(waktu itu dia sedang mengelap dinding kaca di depannya) dan...

"wa'alaikumussalam" ucapnya kepadaku.

aku tersentak. jantung berdegup laju. (namun langkah diteruskan). kata hati aku benar. 

adakah engkau juga akan terkejut seperti aku apabila seseorang dari ramainya insan mendoakan kesejahteraan engkau di tengah2 bumi asing? aku cukup menghargainya. aku doakan moga dia bahagia di dunia dan akhirat. amin.

Thursday, June 17, 2010

kaca dan mata

salam

kadangkala membuat keputusan itu sesuatu yang amat payah dalam hidup.bagi akulah.ikut keadaan.kadang2 aku rasa kosong.hidup macam robot.sekarang aku rasa nak bermadah pujangga.huh?

kosong.
kegelapan ditelurusi.
menjauh penghujungnya.tidak pasti.
debu-debu pasir bertebaran, menerawang mengaburi.
lalu menghilang dari pandangan.
cukup mudah.
seolah kerdipan mata.
hidup?
mati?
pasti?
hari ini tidak.esok juga tidak.

p/s: titisan air di cermin adalah pandangan yang aku tunggu2 apabila hujan.nostalgic.itu sahaja.

Monday, May 31, 2010

ketayap boleh makan.

hoihai.kau semua sihat?mari sebut alhamdulillah syukur,kau tak tanya pun aku tetap bersyukur aku sihat.


berhabuk belog ini.sungguh kesian.aku tinggalkan kerana kesibukan dunia.ouh dunia je ke??(bukan benda2 dunia kau buat ini untuk persiapan akhirat ke?kau nampak tak pokok bunga kubur tadi,nampak tak??)


ya.jawapan kamu juga ya/iya/ yeahhh/ouwyeyeahhh?kan?tidak boleh berkata tidak.kenapa?kerana kamu dan aku diciptakan untuk ini:


“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak mengendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” (Adz Dzariat:56-58)


tugas kita beribadah kan?


maksud aku belog ini ditinggalkan buat seketika untuk aku fokus ke arah keutamaan aku sebagai pelajar.belajar juga ibadah bukan?


adapun arakian ibadah itu terbahagi jualah ia kepada dua.ibadah umum dan khusus.
sila rujuk belog ustaz ini:http://ustaznazmi.blogspot.com/2008/04/konsep-ibadah-dalam-islam.html


jazakallahu khayr buat beliau.


dan dan dan salah seorang sahabat aku,pernah berpesan,"utamakan keutamaan." ustazah dia pesan kepada dia dan dia sampaikan kepada aku.aku sampaikan kepada kau semua.kau sampaikan kepada sesiapa sahaja yang akan sampaikan kepada sesiapa lagi.


betul.antara belog ini dan pembelajaran aku,aku akan fokus kepada yang utama iaitu pembelajaran.


tapi bila sedang fokus kepada pembelajaran maksud aku membuat assignment kemudian masuk pula waktu solat,apa yang harus aku dan kau utamakan??


utamakan keutamaan dan utamakan Yang utama-ALLAH.kembali kepada ayat di atas.




p/s:ketayap mak aku suka dari zaman kanak2 beliau dan kerana ketayap juga abah aku bising kerana adik2ku yang suka mengambil benda itu sesuka hati dari koleksi beliau.jadi ketayap mana yang boleh makan?haa jawab2

Friday, May 21, 2010

adamaya

kamu tengok 'kah?aku tak. sebab?melalaikan (bagi aku 'lah,bagi kamu?sila kongsi jika tidak keberatan). mari baca cerita aku. adamaya 'kan 'dah tamat.


aku buka mata.reseptor kulit mengesan suhu yang rendah.aku berniat.kemudian tingkap dibuka.di balik kaca yang jernih kulihat kehadiran titis-titis air yang mengalir perlahan.suasana mendung, alam diselubungi hawa dingin.awan2 bergumpal berisi hujan berarak megah menyiram bumi bersama rahmat Allah.aku pijak tanah yang basah. hasil geseran tapak kasut serta air di tanah menghasilkan bunyi khas. angin sejuk menampar lembut wajah. aku suka. kamu bagaimana?


dan ya,aku jumpa ini.


"hai anak adam,pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid*,makan dan 
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan*. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan" (surah al-a'raf, ayat 31).


masjid*=tiap2 kali mengerjakan solat atau tawaf atau ibadat lain
berlebih2an=jangan melampaui batas yang diperlukan tubuh dan jangan melampaui batas2 makanan yang dihalalkan.


bintang* yang pertama adalah tentang berpakaian segak, bersih, wangi2 bau minyak attar untuk beribadat...menunjukkan keikhlasan kamu dan aku untuk menyerah diri kepada Yang Esa.


tapi di hari yang hujan ini aku mahu menyentuh bintang* yang kedua iaitu tentang makan dan minum. mari aku ajak kamu, mari menyentuh beramai2. 


ayat ini adalah peringatan untuk anak cucu cicit adam termasuk aku yang suka makan. dan aku suka makan banyak2. jika sejuk lagilah banyak. aku tahu aku berlebih2an. maka aku perlu makan dalam kadar makan  untuk menjana tenaga beribadat dan berjuang.


lalu aku pun memanfaatkan ikon 'google search'. oh yeahh, ini hasilnya. alhamdulillah.


marilah kita makan dalam kadaran yang perlu, lebih baik sebelum kenyang kerana...


Abu Sulaiman Ad-Darimi berkata "Kunci dunia adalah kenyang, sedangkan kunci akhirat 
adalah lapar." 


mana lagi penting?dunia atau akhirat?
...dan kerana ini juga...


Al-Harits bin Kaladah, salah seorang pakar kedoktoran Arab pada masa lalu berkata,
"makanan (melebihi yang diperlukan), merupakan pangkal penyakit.


ini menakutkan dan memberi pengajaran. berpuasa?cadangan yang menarik dan ada sebabnya lagi kenapa kita perlu makan dengan sederhana sebab...ouch! eh aduh! kena diri=


Al-Harits berkata pula, "Yang membunuh manusia dan membinasakan binatang-binatang 
buas di dunia ini, ialah memasukkan makanan di atas makanan sebelum selesai 
pencernaan.
takutkah?takutkah??


dan yang akhir sekali...penutupnya...


"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). 


p/s: makanan adalah kawan aku. namun aku perlu sayang diri aku. kamu sayang diri kamu juga ya?





Wednesday, May 19, 2010

serbuk kari

assalamualaikum buat kamu semua.

hari ini giliran aku memasak. aku masak kari ayam. sedap air tangan aku 
"kari ayam" (kata orang kl,orang kl kah aku?), "gulai ayam" (kata org kedah),negeri lain lebih kurang juga panggilannya kot? apa2 pun kamu panggil ayam tetap berada selepas perkataan itu. kamu tetap akan guna serbuk kari jugak kan?kan?alagappas?babas?brahim's? dan kenapa aku menulis tentang kari? sebab ia tiada kaitan dengan tajuk hari ini. aku hanya ingin membuat kamu cemburu dengan aku kerana aku telah berjaya menghasilkan rasa masakan itu seperti masakan emak. percayalah...maksud aku -cayalahh!

ok2.sebelum itu oleh kerana aku empunya empayar blog ini pastilah aku yang akan berbicara dan kamu akan membaca, kamu pasti boleh berbicara seperti aku tetapi berbicaralah di blog kamu, pasti aku akan baca, hidup ini 'kan tentang memberi dan menerima (ceh,cliche gila kau

dan dan dan oleh itu silalah tinggalkan jejak kamu di mana2, atau kamu amat dialu2kan berbicara sebanyaknya di bahagian 'comment atau 'shoutbox atau 'follow sahaja blog ini, (insyaAllah tanpa was2 aku akan jejak kamu semula).itu mesej aku sebenarnya.

.kawan2, mari pergi kepada perniagaan sebenar (let's get to real business). abaikan repekan aku sebentar tadi.

ehem.perkongsian hari ini adalah tentang bersolat dalam permusafiran.

aku mulakan dengan soalan ini -apa yang bermain2 dalam fikiran kamu bila aku tulis ini- "pakaian untuk bersolat?"

adakah kamu terfikir tentang telekung berwarna putih, berenda2, berwarna-warni, berbunga2 indah, dan ada sesetengahnya berjahit tanda 'malizia' seperti ini-"ماليزيا" di bahagian belakang kepala? dan bagi yang lelaki, kain pelekat, baju melayu, songkok, ketayap...? 

bagus jika fikiran kamu bertepatan dengan contoh di atas, kerana itu adalah contoh pakaian solat yang menepati syarat sah solat (selagi ia menutup aurat). namun adakah kamu HANYA perlu pakai semua itu pada setiap waktu solat?adakah?adakah??

bayangkan situasi ini (walaupun situasi ini untuk muslimah)-jika kamu sedang berjalan di Times Square dan waktu solat telah masuk dan kamu tidak membawa telekung, begitu juga rakan2 kamu dan apabila kamu pergi ke arah surau di tingkat tujuh kamu lihat ramai lagi muslimah menyerbu surau dimana pelbagai jenis kasut (kantoi aku selalu mengkaji kasut2 di luar) dan telekung semuanya sedang digunakan dan telah di'cop atau di'after jadi kamu hanya mampu mengambil wuduk dan berdiri sambil menunggu entah bila kamu akan dapat menyarungkan telekung dan mula bersolat.kamu melihat jam di tangan/telefon bimbit dengan resah... kamu tahu 'kan penantian itu satu penyeksaan?

kini tidak lagi!...hanya jika kamu memakai pakaian yang menepati adab berpakaian di dalam agama islam. secara automatiknya kamu hanya perlu mencari tempat yang bersih, serta kamu tahu masuknya waktu serta arah kiblat, kamu sudah boleh bersolat dan terus bermain bowling dan makan di kenny rogers oh aku sungguh rindu akan saat2 bersama rakan2 di times square...

oleh itu, di sini ingin aku kongsikan tips untuk memudahkan kamu menunaikan solat walau di mana sahaja kamu berada di muka bumi Allah ini -semasa berada dalam keadaan musafir (walaupun kamu tinggal di bandar tun razak dan kamu pergi berjumpa rakan2 di times square, kamu sudah layak dipanggil musafir,adakah kamu bangga??adakah?

ok2 berbalik kepada tips ini, :

wahai musafir2 sekalian, 
  • sentiasa ketahui waktu solat (aplikasi dalam telefon bimbit atau manual-ingat je)
  • pakailah pakaian yang membenarkan kamu terus dapat bersolat apabila memakainya (jika kamu mahu pakai telekung atau pakaian khas, terpulang)
  • bawalah kompas bersamamu (untuk tahu arah kiblat)
  • sediakan objek untuk melapik dahi kamu semasa bersujud nanti(plastik, beg, sejadah, etc asalkan tiada najis)
  • sumber untuk ambil wuduk/tayammum (air dlm botol, mana tahu tidak berjumpa sumber air)
  • cari tempat rata untuk kompas (aku hampir terlupa point ini,cikgu geografi aku kata kompas amat sensitif, jika kamu letak ia di kawasan tidak rata takut arah utaranya dipengaruhi...apa cikgu geografi kamu kata??)
  • tempat yang tenang (tempat yang selesa dan membantu kamu khusyuk -contoh tempat yang kurang sesuai-di tengah2 alam khalayak ramai (kecuali sudah tiada pilihan) atau depan iklan minyak wangi di mana ada imej manusia berpakaian tidak sepatutnya-aku tahu kamu faham maksud aku)
seperti biasa jika anda tambahan sila beritahu hamba.

ok itu sahaja. kari ayam menunggu aku. babai.

p/s: aplikasi kompas dan azan juga boleh diletakkan dalm telefon bimbit kamu. sila cek website ini  http://www.islamicfinder.org/

Tuesday, May 18, 2010

selain lelaki???


ada perempuan dan khunsa. gay dan lesbian? itu golongan yang DNA dalam kromosom mereka bertanda XX dan XY namun orientasi seksual mereka telah ditukar atas pilihan sendiri mengikut hawa nafsu...tapi hari ini mari aku membawa kamu semua untuk fokus tentang perempuan~sebab aku juga perempuan, wanita (bila aku betul2 matang,eceh2)...isteri.(belum lagi tapi masa walimatul urus aku sila bawa hadiah berupa barang2 dapur seperti microwave, dapur, pinggan mangkuk supaya aku tak perlu beli dah...)
ok2 ampun2 aku agak mudah hilang konsentrasi, jadi doakan moga aku sentiasa fokus..hari ini jom kita fokus tentang perempuan dan aurat okey~
paaada suatu hari aku terjumpa satu video di facebook, seorang  ustaz/khatib/khotib sedang memberi khutbah jumaat atau ceramah agama atau tazkirah, (yang aku pasti dia sedang berkata2 di dalam sebuah masjid dimana ada ramai manusia sedang khusyuk mendengar) ok2, dan kata-kata yang menarik perhatian aku adalah...
"mata manusia sentiasa berkaitan dengan kemaluan, jadi jika anda tidak tutup aurat maka pasti ada mata yang melihatnya sama ada secara terus atau curi2 atau terlihat namun semuanya dapat mengaktifkan kemaluan, kita insan lemah, iman belum tentu sekukuh mereka di zaman nabi...kerana itulah berlakunya zina, rogol, onani dan sebagainya yang dilarang agama"
rasa2nya satu ayat itu telah menyimpulkan kata2 ustaz tersebut pada hari itu...
kerana itu kepada perempuan2 termasuk diri aku, ini ada satu hadith berkaitan dari salah seorang isteri yang Rasulullah sayangi iaitu Aisyah 
...melaporkan buat panduan kita,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis.  Rasulullah s.a.w lalu berpaling  daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
Hadis direkodkan olah Abu Dawud.

mari aku jelaskan kepada kamu, mesej hadis Rasulullah di sini adalah...jika kamu perempuan, maka kamu (dan aku) wajib menutup bahagian tubuh kamu kecuali muka dan tapak tangan (mari aku tunjukkan juga apa itu tapak tangan dan muka). tapi janganlah kamu tutup muka nanti kamu tidak dapat melihat dan bernafas. okey aku buat lawak yang tak lawak pun,(no offense sapa2 yg berpurdah), tapi mesej ini sudah jelas...maksudnya  jika ditunjuk juga aurat, maka kamu secara tidak langsung menempah bahaya, bahaya orang yang melihat aurat kita (rujuk semula kata2 ustaz di atas bahaya yang bagaimana) dan bahaya Allah murka terhadap kita.
oleh kerana itu disenaraikan pula adab berpakaian dalam islam untuk semua...
mari mulakan dengan ayat ini...

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
T.Q.S Al A’raf: 26

tengok. Allah ciptakan tumbuhan dan haiwan yang hasil dari mereka boleh digunakan untuk membuat banyak jenis kain dan fabrik serta fesyen di dunia ini. jadi mari kita gunakan segala pemberian itu untuk memakai pakaian berdasarkan adab2 ini:



1. menutup aurat dan niat yang baik (tengok, yang nie yang pertama sekali, niat baik bukan untuk menunjuk2 pakaian)
2. Jangan terlalu ketat (yang ketat itu yang menampakkan bentuk tubuh hingga menarik perhatian mata2 melihat dan membawa ke arah fikiran yang tidak baik,jadi jangan bagi peluang itu kepada mereka!
3. Tidak berlebih-lebihan
 (
Allah SWT tidak menyukai orang yang selalu berlebih-lebihan,contoh pakai baju berlapis2 sampai berpeluh2 atau pakai warna yang mengalahkan warna baju polis trafik atau yang 'bling2 sangat,ouh mataku!)
4. Harus bersih dan rapi
(
Sebab Allah SWT menyukai orang-orang yang senantiasa menjaga kebersihan, baik kebersihan badannya maupun pakaiannya.kalau malas basuh baju hantar laundry je,duit sendiri mau ingat)
5. Sesuai dengan situasi
(
Ketika sekolah, pakailah pakaian seragam sekolah. Ketika bermain, pakailah pakaian untuk bermain/bersukan hehe)
6.Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki bagi perempuan, dan sebaliknya. (Dari Ibnu Abbas R.A., Dia berkata: Rasulullah S.A.W. telah melaknati orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Dan dalam satu riwayat, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan.)

(*jika ada tambahan sila letakkan di bahagian komen, saya akan segera menambahnya di senarai ini) 

aku juga mahu berkongsi tentang pesanan mak aku, "suka hati engkolah nak pakai apa, janji tutup aurat dan senang nak beribadah (belajar,solat..)"

dan apabila perbincangan ini berkisar tentang aurat, aku ingin juga menyentuh tentang bertudung...mari sentuh ramai2..

Di dalam al-Quran, perintah bertudung dengan jelas dapat difahami dari firman Allah dalam surah an-Nur,

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
jadi pakailah fesyen apa pun kamu mahu asalkan kamu melabuhkan tudung ke dada kamu, dan adab bertudung juga perlu mengikuti adab-adab berpakaian seperti tidak berlebihan (warna dan perhiasan manik/batu di tudung berlebihan sampai menarik perhatian atau menyilaukan mata masyarakat) dan tidak menampakkan bentuk (selalunya aku lihat tudung yang seperti Ariani itu menampakkan bentuk leher jadi berhati2 ya kawan2) dan lain2 (rujuk semula senarai adab di atas).

ini ayat lagi panjang untuk peringatan kita,

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan; “Semoga Allah mengurniakan rahmat/kasih sayang kepada wanita-wanita Muhajirin yang awal. Tatkala turun ayat “وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” (yang bermaksud: hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung mereka hingga ke dada-dada mereka), mereka memotong kain-kain bulu mereka, lalu mereka bertudung dengannya”. (Rujuk;Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 31)

jadi sudah terang benderang kau nak suluh buat apa lagi-yang perintah menutup aurat untuk wanita yakni fokus aku hari ini adalah perintah Allah untuk kita, juga kaum lelaki. oleh yang demikian marilah kita mengikuti perintah2 terbabit. barakallah.

 p/s: tentang ayat haiwan menyumbangkan fabrik untuk kita--aku sungguh geli dengan ulat sutera tapi aku juga suka akan kain sutera.terima kasih ulat,geli2 pun hasil kau dijual dengan sungguh mahal.(ingatlah wahai diri bahawasanya ulat juga diciptakan Allah)



penghalang=restriction

blogging in English? yes. in Malay? errr... why?nonsense restriction Dina. tell the world now.

okay, the thing is-i would love to improve my English language writing skills. but hey, i also love the idea of writing in Malay language. so why should i stop myself from doing that. use it. it's your mother tongue. it's the language that helps you breath. use it.

so.

di sini ingin ku beritakan buat rakyat jelata sekaliannya, yang hamba akan bermula menulis blog dalam dua bahasa, bahasa ibunda bahasa melayu dan juga bahasa kedua, bahasa inggeris...



p/s: bahasa syurga? (bahasa arab)...yes,jangan blaja untuk exam je. blaja untuk memahami isi Al-Quran dan Hadith.dush! kena muka.